Kisah Masyarakat Luar Negara Petua Tips Viral

Anak Perak Kebanggaan Malaysia, Menjadi Pensyarah Melayu Pertama Di Universiti Oxford

Perkongsian pengasas laman orangperak.com, Freddie Aziz Jasbindar tentang kejayaaan Dr. Afifi sepatutnya menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Baca kisah yang ditulis oleh Freddie ini.

Kejayaan Dato’ Dr Afifi al-Akiti atau lebih dikenali dengan nama Sheikh Afifi tidak diketahui ramai berkenaan kisahnya. Beliau adalah pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford di United Kingdom dan juga merupakan felo pensyarah di Kolej Worcester, Oxford.

Apa yang membanggakan, beliau adalah merupakan bangsa melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Dato’ Afifi telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008.

Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali dan penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval).

Selain itu, tiga jilid kajiannya yang menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknik dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Major Madnun.

Beliau yang berasal dari Batu Gajah, Perak, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat.

Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Kedua-dua ibu bapa beliau juga merupakan guru

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dato’ Afifi telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dato’ Afifi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh sekarang iaitu Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah. Kejayaan beliau adalah sesuatu yang amat besar dalam pendidikan Islam dan telah menaikkan imej negara secara tidak lansung mengharumkan nama negara Malaysia dan Perak di mata dunia.

Kredit Gambar: orangperak.com

Kisah ini dikongsi oleh pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak, Freddie Aziz Jasbindar. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Perkongsian ini juga mendapat perhatian di laman sosial Twitter yang dikongsi oleh @NasirPasir dan mendapat lebih 23,000 Retweet.

Sumber : Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *