Kisah Masyarakat Tempatan Viral

Atuk cucu 6 harap Rihanna jadi ‘followers…’ Anak zahirkan hajat bapa pengikut IG cecah 4,000 dalam masa 2 hari

DALAM tempoh dua hari, jumlah pengikut di laman Instagram seorang atuk berusia 70 tahun bertambah sekitar 4,000 orang.

Ia susulan perkongsian anak perempuannya di Twitter mengenai keterujaan bapanya itu jika ramai yang sudi menjadi pengikut di laman sosial milik si bapa.

“Ayah teruja sebab lepas tag lagu birthday di Instagram, followers dia tambah satu. Jadi hari ni dia minta saya promote dia di Instagram.

“Dan sekarang saya minta jika kamu (warga Twitter) boleh buat dia gembira dengan mengikutinya di Instagram?” Tulis Ell Zain Hyder atau Endang yang berkongsi kisah itu di Twitter miliknya.

Perkongsian kisah comel itu ternyata menarik perhatian netizen sehingga ia menerima hampir 5,000 ulang kicau (retweet).

Malah, ramai netizen turut menghujani posting berkenaan dan mahu memberikan sokongan dengan mengikuti laman Instagram atuk bercucu 3 itu.

“Done sis. Saya muat turun semula Instagram untuk follow ayah awak.

Bapa Endang sebelum ini bertugas sebagai pensyarah bahasa Inggeris.

“Done, semoga berjaya mencecah 20,000 pengikut.

“Ayah kamu sungguh comel,” tulis beberapa pelayar Twitter.

Menurut Endang, bapanya, Zainuddin Ottok sudah memiliki akaun laman sosial berkenaan sejak 2015 dengan jumlah pengikut sekitar 400 orang sahaja.

“Ayah dulu selalu ikut ekspedisi daki gunung. Dia merancang untuk berkongsi pengalaman pendakiannya itu di Instagram.

Saya bagi contoh akaun Instagram Rihanna yang ramai followers. Lepas tu dia tanya siapa Rihanna? Boleh Rihanna follow ayah?

ELL ZAIN HYDER

“Dia memang suka menulis. Dia ada menulis buku dan cerpen dengan nama pena Otto Hyder. Dia sangat teruja bila makin ramai follow di Instagram,” ujar Endang kepada mStar.

Dalam pada itu, permintaan bapa Endang agar penyanyi antarabangsa, Rihanna mengikutinya di Instagram turut mencuri perhatian netizen.

“Saya bagi contoh akaun Instagram Rihanna yang ramai followers. Lepas tu dia tanya siapa Rihanna? Boleh Rihanna follow ayah?” imbas Endang mengenai mesej bapanya tempoh hari.

Kata Endang yang juga pemain biola, bapanya yang memiliki enam orang cucu merupakan bekas pensyarah bahasa Inggeris dan mereka sama-sama menetap bersama di Kampar, Perak.

Posting Endang yang mencuri perhatian warga Twitter.

Bercerita lanjut mengenai bapanya, Endang mengakui mereka sememangnya mempunyai hubungan yang cukup erat sejak dulu lagi.

Malah kata ibu kepada tiga cahaya mata itu, bapanya juga tidak putus-putus menghantar mesej kepadanya sekiranya dia tiada di rumah.

“Saya selalu buat persembahan biola di merata-rata tempat, jadi kalau saya tak ada di rumah. Ayah memang akan selalu mesej.

“Bila kongsi kisah ni di Twitter, saya nak sesiapa pun agar hargai ayah masing-masing. Spend sebanyak mana masa yang boleh dengan mereka,” katanya lagi.

Sebahagian perbualan Endang dengan bapanya.

Di Instagram, bapa Endang turut menggelarkan dirinya sebagai one leg writer.

Menjelaskan hal itu, Endang berkata bapanya kehilangan sebelah kaki menerusi satu insiden yang berlaku pada tahun 2010.

Bapanya juga ada menjalani pembedahan hati pada bulan Ogos lalu.

Menurut Endang yang mula bermain biola sejak berusia 10 tahun, bapanya berkebolehan bermain alat muzik saksofon, klarinet dan seruling.

Endang mula bermain biola sejak berusia 10 tahun.

Malah, ramai pengikut baharu bapanya turut meminta agar warga emas itu berkongsi video dia bermain alat muzik di Instagram.

“Macam saya selalu post video main biola. Ayah pula ramai yang minta dia buat video main saksofon.

“Saya rasa dalam masa terdekat ni, tak boleh kot. Sebab dia pun baru sahaja menjalani pembedahan bulan Ogos hari tu,” katanya lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *