Tempatan

Netizen Kagum, Wanita Melayu Pertama Jadi Pembaca Berita Bahasa Mandarin di TV2.

Individu yang fasih dengan pelbagai jenis bahasa sudah tentunya bakal membuatkan orang sekeliling kagum dengannya. Skil yang dimiliki tidak mudah untuk dimiliki melainkan sudah mempelajarinya dari peringkat awal lagi.

Lebih beruntung, negara Malaysia didiami oleh pelbagai kaum yang setiap satunya mempunyai bahasa ibundanya sendiri. Bahkan, kebanyakan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya akan fasih dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

Gadis melayu baca berita bahasa mandarin!

Di Twitter, potongan klip seorang gadis ya pembaca berita di RTM TV2 telah berjaya  meraih perhatian pengguna laman. Gadis berkenaan berjaya membuatkan orang ramai kagum dengannya kerana fasih menyampaikan berita dalam bahasa mandarin.

Kudos Rasyidah Abu Johan!

UTAR alumna Malaysia's first Malay newscaster for Mandarin news

TV2 memang majmuk dari dulu sampai sekarang!

Di ruangan komen, ramai yang dilihat kagum dengan skil gadis berkenaan bertutur dalam bahasa mandarin dan sekali gus meninggalkan kata-kata pujian.

Bacaannya pun sedap!

Ramai juga yang ada skil yang sama

“Patutnya kena ada terjemahan global…”

Malaysia adalah salah satu bukti dan contoh yang kita semua mampu hidup aman damai dan majmuk dengan kepelbagaian kaum yang hidup dalam satu negara.

Artikel berkaitan: TV2 Cipta Sejarah, Penyampai Berita Mandarin Berbangsa Melayu Pertama di Malaysia

Kebiasaannya kita lihat berita berbahasa Mandarin disampaikan oleh pembaca berita berbangsa Cina.

Namun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV2 telah mencipta sejarah dan menarik perhatian netizen apabila menampilkan Rasyidah Abu Johan sebagai penyampai berita bahasa Mandarin berbangsa Melayu yang pertama di Malaysia.

Malah, kefasihan wartawan penyiaran berusia 32 tahun ini dalam bahasa Mandarin telah memberi kejutan kepada sesiapa saja yang menonton.

Rasyidah mula diberi kepercayaan menjadi penyampai berita Mandarin di saluran TV2 bermula 26 Januari 2020.

Penampilan berhijab

Kemunculan Rasyidah di TV2 dengan imej berhijab menjadi tular di media sosial dengan pelbagai komen dari warganet.

Ramai yang meninggalkan komen positif bahkan negatif berikutan beliau menjadi penyampai berita Mandarin berbangsa Melayu pertama.

Namun begitu, Rasyidah berkata beliau tidak mengambil pusing dengan komen negatif bahkan tidak mematahkan semangatnya demi mengambil peluang itu untuk meneroka bidang baru.

Komen berbaur sindiran
Katanya ada yang memberikan komen yang berbaur sindiran tetapi baginya itu akan dijadikan pembakar semangat.

“Kebanyakan penonton menyokong namun ada juga segelintir yang memberi komen berbaur sindiran. Tidak mengapa, saya mengambil komen itu sebagai pembakar semangat,”

Tambahnya lagi, menjadi penyampai berita berbahasa Mandarin telah menjadi impiannya sejak mula bekerja pada tahun 2011 di RTM.

Sekolah aliran Cina

Rasyidah mahir bertutur dan membaca bahasa Mandarin kerana mendapat pendidikan di sekolah aliran Cina bermula dari tahun satu sehingga tingkatan enam.

Pada mulanya beliau hanya mahu belajar bermain piano tetapi disebabkan majoriti pelajarnya berbangsa Cina, Rasyidah telah meminta ibu bapanya menghantarnya ke sekolah Cina.

“Ketika kecil, saya pernah memasuki kelas piano yang mana majoriti pelajarnya berbangsa Cina. Atas sebab itu, saya telah meminta ibu mendaftarkan saya ke sekolah aliran Cina kerana berminat untuk belajar bahasa Mandarin,”

Menurutnya, untuk menjadi fasih bertutur, belia perlu bergaul dengan rakan-rakan di sekolah.

“Pergaulan dengan rakan-rakan di sekolah menyebabkan saya fasih, namun saya hanya bertutur dengan kerap dalam bahasa itu ketika menjalankan perniagaan dalam talian di awal kerjaya pada tahun 2011. Ketika itu, saya ditempatkan di meja berita am sebelum beralih ke unit bisnes saluran berita bahasa Melayu,”

Bekerja belakang tabir

Sebelum bergelar penyampai berita, skop kerja Rasyidah adalah di belakang tabir iaitu membuat liputan, menulis berita, skrip dan ‘voice over’ dalam bahasa Mandarin.

Rasyidah mengakui gugup semasa kali pertama bertugas sebagai pembaca berita tetapi cuba fokus bagi membolehkan dirinya dapat menyampaikan berita ditulis rakan setugas dengan lancar.

Malah, beliau mendapat banyak maklum balas yang diterima apabila videonya dimuatnaik di laman sosial RTM.

“Alhamdulillah, banyak maklum balas diterima malah saya tidak sangka video itu mendapat perhatian selepas dimuat naik di laman sosial berita RTM,”

Ramai yang kagum dengan kebolehannya bertutur dalam bahasa Mandarin dan memuji sebutannya yang jelas.

“Ada warganet memuji sebutan saya jelas dan tidak kurang juga meluahkan rasa kagum melihat kebolehan saya membaca berita bahasa Mandarin walaupun berbangsa Melayu,”

Rasyidah berharap apa yang dilakukannya dapat menjadi inspirasi kepada semua dan mengubah persepsi masyarakat ke arah kebaikan di dalam komuniti majmuk di Malaysia.

 

Sumber: Twitter., Borak daily, YOY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *