KRT

Aku Buka FB Suami, Terjumpa Chatnya Dgn Ex Dia Pada Tahun 2012. Perbuatan Dia Sblm Ni Buat Aku..

 

Asalamualaikum admin. Saya ada suami yang hensem. Solat 5 waktu, nafkah zahir batin semua cukup. Suami saya cukup sempurna. Sekarang saya hamil nak masuk 8 bulan. Suami sangat teruja dengan kehamilanku dan suami siap2 sediakan semua keperluan untuk anak kami lahir nanti dan bila di tempat kerja suami sering call atau wasap setiap jam untuk bertanya keaadaan aku dengan kandunganku.

Bukan itu sahaja, bila aku mengidam apa2 semuanya suamu tunaikan.. Pernah sekali aku mengidam buah tarap, masa tu kandungan aku baru 4 minggu, suami sanggup bawa aku ke sabah untuk beli buah tu. Nasib je ada jumpa min.

Baru2 ni. Aku buka fb suami. Aku terjumpa chatnya dah ex dia pada tahun 2012 dan mereka putus hubungan sebab perempuan tu kawin lain. Aku nampak mereka chat cinta rindu segala bagai, siap nak kiss nak mandi sama2. Yang paling menyedihkan mereka pernah terlanjur Bila aku try mesej betine tu. Rupanya betine tu dah block suami aku. Aku add dia pakai fbku. Dia approve.

Rupanya dia dah bahagia dengan suaminya. Aku benci tengok muka bekas kekasih suami ku min. Aku rasa nak tampar2 muka dia. Aku ada pm dia. Aku bagi tau kalau aku isteri suamiku.. dia balas “ohhhh” je. Lepas tu dia block aku. Kurang ajar punya betine .

Aku tak puas hati, aku jumpa suami aku. Aku bagi tau kat dia. Kalau dia ada perempuan lain sebelum aku? Sebab sebelum ni suami pernah cakap kalau dia tak pernah ada perempuan lain selain aku. Aku marah min. Aku ambil Al quran. Aku suruh suamiku ceritakan apa yang terjadi. Suamiku cerita semua nya. Dia suka perempuan tu kenal di facebook. Suamiku nak melamar dia. Tapi tak sangka dia kawin dengan orang lain. Aku tanya suami. Adakah mereka pernah terlanjur? Suami cakap. Mereka pernah terlanjur sebanyak 3 kali.

Ya Allah. Hancur luluh hati aku min. Selama ni aku jaga maruah aku. Sebab nak beri pada yang halal. Tak sangka suamiku buat begini. Lepas anak lahir. Aku mahu bercerai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *