Kes C0VID-19 Mencanak Tiap Hari, Namun Indonesia Tetap Mahu Buka Panggung Wayang.

Jangkitan C0VID-19 di Indonesia dilihat semakin membimbangkan negara-negara jiran apabila terus mencacat peningkatan kes dalam kalangan rakyat mereka saban hari.

Untuk maklumat umum, pada 8 Julai 2020 Indonesia sudah mencatat 1,853 kes baharu positif C0VID-19 dan sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Republik itu meningkat kepada 68,079 kes.

Kini, Indonesia dilaporkan bakal membuka semula panggung wayang utama di negara itu mengikut pelaksanan norma yang baharu. Persatuan Pemilik Panggung Wayang Indonesia (GPBSI) menyatakan hanya panggung wayang yang tertakluk dan tersenarai dibawah persatuan itu sahaja telah bersetuju untuk memulakan operasi pada 29 Julai 2020.

Protokol kesihatan memerlukan masa sebanyak dua hingga tiga minggu untuk dipersiap dan ia wajib dipatuhi oleh kesemua pemilik panggung wayang

Dalam tempoh tersebut, rantaian panggung wayang perlu melatih kakitangan bagi memastikan protokol norma baharu dilaksanakan dengan baik.

Mereka juga berharap pembukaan semua panggung wayang ini bakal menyumbang kepada ekonomi kreatif terutamanya industri filem negara tersebut.

Diharapakan rakyat Indonesia dapat memberikan kerjasama yang padu agar terus dapat mengekang penularan C0VID-19 di negara itu.

 

Sumber: Jakarta Post., Borak daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*