Tempatan

“Saya bagi lesen penuh pada JAWI..”- Isu Pond4n, Menteri Agama Mula Bersuara.

Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ramai golongan tr4nsg3nder semakin berani mendedahkan diri dalam kalangan masyarakat. Malah, bilangan mereka sudah tidak terkira lagi membiak di negara ini.

Berhubung isu tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerusi status di Facebook mengeluarkan kenyataan berkaitan inisiatif mendidik golongan tr4nsg3nder di Malaysia.

T4ngkap & tarbiah kembali ke pangkal jalan

Beliau berkata, Islam adalah agama yang mendidik dan pihaknya tidak mahu golongan tr4nsg3nder ini dit4ngkap semata-mata tanpa memberikan kesedaran kepada mereka.

“Kita tidak hanya mahu t4ngkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah supaya mereka semua (tr4nsg3nder) kembali ke pangkal jalan…”

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama)…”

“Saya beri lesen penuh…” – Dr Zulkifli

Golongan tr4nsg3nder yang dit4ngkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu diberi pendidikan atau tarbiah supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Tambahnya, beliau memberi lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan. ⁣

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan…”

Diharapkan selepas ini penguatkuasa JAWI sudah boleh mula bertindak lebih tegas, kerana sekarang ini jika dibiarkan makin teruk generasi kita jika ada yang terpengaruh dengan gejala tr4nsg3nder ini.

‘Maaf, saya tiada niat nak guris hati orang’

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

TERDAHULU, tular foto Nur Sajat berbikini yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia sehingga ada yang mendesak semua untuk memb0ikot Sajat. Tidak ketinggalan golongan agamawan seperti PU Amin dan PU Syed supaya memb0ikot dan meminta JAKIM untuk mengambil tindakan keatas Sajat. Sajat kemudiannya tampil memberi penjelasan.

“SAYA bukan melacur atau menjual diri di laman sosial tetapi hanya berkongsi apa yang saya suka pakai dan menghargai kecantikan yang dimiliki,” kata usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat mengenai kecaman yang diterima susulan kontroversi terbarunya apabila dia memuat naik gambar dan video berbikini di Instagram.

Sajat ketika dihubungi berkata, dia mempunyai hak untuk berpakaian sebegitu dan selesa untuk menjadi diri sendiri.

“Instagram saya gunakan untuk berkongsi kehidupan saya yang bukan hanya khusus untuk perniagaan semata-mata, malah saya suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta banyak lagi.

“Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada agama saya. Saya hanya menjadi diri sendiri dan janganlah hanya kerana imej seksi anda lupa kebaikan saya selama ini,” katanya.

Sajat berkata, dia berharap individu yang menggesa dirinya dib0ikot tidak menghakiminya hanya kerana satu perkara yang dilakukan ketika ini.

“Saya tak faham apabila berpakaian macam ini semua nak b0ikot seolah-olah saya melakukan kesalahan yang sangat besar. Namun, apabila saya menghulurkan bantuan kepada orang miskin tiada siapa menyokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula.

“Kecantikan adalah sesuatu yang ‘universal’. Semua orang ingin berkongsi dan berpenampilan cantik, begitu juga dengan saya. Saya agak terkilan kerana saya menjadi mangsa mereka sedangkan ramai lagi wanita yang lebih seksi di media sosial. Di Malaysia video lucah juga boleh diakses dengan mudah dan di mana sahaja. Kenapa saya dihentam begini?” katanya.

Dalam masa sama, Sajat memohon maaf sekiranya ada mengguris hati mana-mana pihak kerana dia tiada niat untuk membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.

“Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat nak bangkitkan kemarahan. Saya berkongsi gambar itu antara lain adalah berkongsi hasil yang saya peroleh daripada menggunakan produk yang saya jual,” katanya.

 

Sumber : Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Berita Harian, OMM, Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *