Tempatan

“Sapa cakap perempuan tak boleh bawak laju”- Gadis Tunjuk Power, Pandu GTR Hingga 299KM/H

Gara-gara ingin menunjuk kehebatan memandu, seorang gadis dikecam netizen kerana memandu kereta secara merbahaya. Menerusi Twitter Nabella Eryn, dia memuat naik rakaman video yang memaparkan aksinya memandu kereta Nissan GTR secara laju di satu lebuh raya. Tindakannya itu memandu lebih dari had laju yang dibenarkan mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang menyatakan ianya boleh merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Siapa kata perempuan tak boleh pandu laju

 

Cuba kelajuan tertinggi! Siapa kata perempuan tak boleh memandu kereta lebih dari lelaki.

Lebih merbahayakan apabila dia hanya mengawal stering kereta tersebut dengan hanya sebelah tangan kerana tangan sebelahnya sibuk merakam aksi tersebut. Melalui rakaman video tersebut boleh dilihat dia memandu kereta itu sehingga mencecah 299km/h. Walaupun keadaan jalan ketika itu tiada kenderaan lain, namun memandu lebih dari had laju kebangsaan amat merbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan pada diri sendiri jika tidak dapat mengawal dengan baik.

Boleh meragut nyawa orang tak bersalah

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakannya yang memandu dalam keadaan berbahaya. Ada yang berpendapat tindakan tersebut boleh meragut nyawa orang lain yang tidak bersalah. Selain itu, ada juga yang menasihatinya untuk membawa laju sebegitu di litar lumba kerana keadaannya lebih selamat dan tidak melibatkan orang ramai.

Sumber: Nabella Eryn / ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *