Luar Negara

Lebih 3 Juta Kes Jangkitan C0VID-19 Di Amerika, Trump Akhirnya Pakai Topeng Muka Buat Pertama Kali

Pada Sabtu lalu Presiden Donlad Trump dilihat mamakai topeng muka semasa lawatan ke Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed, setelah sekian lama menolak untuk memakai penutup muka semasa dunia berperang dengan penularan C0VID-19.

“Saya pakai topeng di lokasi yang sesuai,” kata Trump, ketika ditemu bual bersama wartawan di White House.

President Donald Trump wears a face mask as he walks down a hallway during a visit to Walter Reed National Military Medical Center in Bethesda, Md., on July 11, 2020.

Keengganan Trump untuk memakai penutup muka di khalayak ramai menjadi titik kontroversi semasa Amerika Syarikat sedang berperang dengan kes-kes C0VID-19 yang terus melonjak.

Sebelum berangkat ke Wlter Reed, Trump mengatakan dia ‘mungkin’ akan memakai topeng.

“Saya rasa ketika anda berada di hospital, terutama sekali ketika anda bercakap dengan tentera dan pesakit yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan, saya rasa memakai topeng muka merupakan perkara yang perlu,” katanya kepada wartawan.

Trump wears mask in public for first time during pandemic - The ...

Tambah Trump, dia tidak pernah menentang pemakaian topeng, tetapi ia hanya perlu dipakai di tempat dan masa yang sesuai.

Pemakaian topeng muka ini telah menjadi satu isu yang dipolitikkan di negara Amerika Syarikat meskipun telah terbukti keberkesanannya dalam membantu memperlambatkan penyebaran virus. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengesyorkan individu untuk memakai topeng di khalayak ramai dalam mencegah penyebaran C0VID-19.

Amerika Syarikat telah mencatatkan lebih 3 juta kes jangkitan dan dan sebanyak 130,000 kes rekod kemat1an telah di catat.

 

Sumber: npr.com, Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *