KRT Tempatan

Doktor Nasihat Risiko Isteri Mengandong Kali Ke 6, Suami Enggan Terima Katanya “Jihad Agama”

Sanggup menggadaikan nyawa isteri!

Itulah perkongsian yang dibuat oleh seorang doktor mengenai perangai seorang suami yang tidak mengikut saranan pakar.

Kisah berkenaan kemudian dikongsi semula sebuah laman Facebook Public Health Malaysia menerusi satu posting semalam.

Menurut posting itu, isteri tersebut dikatakan masih muda dan umurnya masih belum mencecah 30 tahun.

“Tapi telah mengandung sebanyak 5 kali. Sejarah mengandung pula sangat rapat dan 3 kali pernah bersalin secara pembedahan caesare4n.

“Pernah juga ada komplikasi rah1m pecah pada kandungan kedua. Untuk bersalin kali ini, Doktor akan jalankan pembedahan menegak berbanding c-section (di bahagian ari-ari).

“Namun, ianya bukan isu terbesar kerana masalah terbesar adalah rah1m ibu terpaksa diikat. Ini kerana jika isteri mengandung kali ke 6, ianya akan membahayakan ny4wa isteri dan anak di dalam kandungan,” kata pengendali akaun tersebut.

Jelasnya lagi, cadangan doktor pakar tersebut disanggah dan ditolak mentah-mentah.

“Si suami telah menerima kaunseling banyak kali namun masih tidak mahu menerima cadangan doktor tersebut. Katanya ‘jihad agama’.

“Tidak cukup dengan itu, si suami meminta hanya doktor perempuan sahaja yang merawat isteri beliau dan tidak mahu memvaksinkan anaknya.

“Bersalin secara pembedahan adalah sangat berisiko. Lebih banyak bersalin secara pembedahan lebih tinggi risiko kepada ibu dan bayi.

“Pakar berpendapat, 3 kali adalah jumlah maksima pembedahan caesarean. Selepas itu, ibu disarankan untuk ikat tali rahim. Jika ibu dibenarkan bersalin sekali lagi, risiko kematian ibu dan anak selepas itu adalah sangat tinggi.

“Ibu masih muda, anak pun masih kecil. Jika mengandung boleh menyebabkan risiko kehilangan nyawa ibu, hukum mengikat rahim isteri telah jatuh daripada haram kepada harus,” katanya.

Tambahnya, sekiranya orang ramai ragu-ragu dengan pendapat tersebut mereka digalakkan merujuk pada doktor dan juga pakar agama di pejabat agama

Posting tersebut kemudian mencetuskan kemarahan netizen apabila ada suami yang bersikap demikian.

Ada yang mempersoalkan hak wanita dan tidak kurang juga yang membangkitkan isu taat pada suami.

sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *