Luar Negara Tempatan

Netizen Terharu , Youtuber AS Ini “Back Up” Malaysia Senaraikan 15 Kesalahan Dokumentari Kontroversi Al Jazeera.

Masihkah anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini?

Terbaharu, saluran YouTube ‘Other Side of the Truth’ yang memiliki lebih 76,000 pengikut tampil dengan video baharu yang merungkai kesilapan-kesilapan dilakukan agensi berita tersebut dalam memberikan laporan mengenai cara Malaysia menangani Covid-19 khususnya melibatkan warga asing.

Dikongsi pada Selasa, video berjudul “Top 15 Mistakes in Locked up in Malaysia‚Äôs Lockdown video by Al Jazeera” itu sehingga kini sudah meraih lebih 200,000 tontonan.

  • Menurut YouTuber dari Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai, Al Jazeera memaparkan gambaran yang tidak tepat mengenai negara Malaysia dan memberi saranan agar mereka turut memandang bagaimana negara-negara lain melayan warga asing yang disifatkan jauh lebih teruk.

“Al Jazeera membuat laporan yang tidak seimbang terhadap Malaysia. Saya kecewa lihat banyak kesilapan dalam video oleh syarikat yang besar.

“Banyak benda memberi kesan kepada Malaysia sehingga berjaya menangani Covid-19, namun digambarkan salah oleh Al Jazeera.

“Maklumkan pada saya jika ada terlepas pandang. Adakah anda bersetuju dengan 15 senarai oleh saya? Satu perkara bagus mengenai video Al Jazeera, ia mengajak kita berbincang dengan baik,” ujarnya di ruangan deskripsi YouTube.

Berikut merupakan 15 kesalahan yang disenaraikan oleh YouTuber tersebut:

1) Membuat rakaman dan mengambil gambar di kawasan keselamatan termasuklah anggota polis dan tentera.

2 Mahu masuk ke kawasan yang terdedah dengan jangkitan Covid-19.

3) Menutup ruangan komen bagi dokumentari itu di YouTube mereka.

Al Jazeera menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin di Malaysia.

4) Membuat aduan kononnya menteri tidak memberikan respons untuk ditembual.

5) Memberi gambaran tidak tepat mengenai perkauman di Malaysia.

6) Tidak membuat liputan mengenai negara-negara lain yang lebih bersifat perkauman terhadap warga asing.

7) Berlakon seolah-olah pekerja asing tanpa izin merupakan mangsa.

8) Mendakwa rakyat Malaysia enggan melakukan pekerjaan yang dibuat oleh warga asing.

9) Tidak pernah mengakui hakikat warga asing tanpa izin membawa risiko jangkitan Covid-19 yang tinggi terhadap Malaysia.

Video ini meraih lebih 200,000 tontonan di YouTube.

10) Memaparkan kononnya pekerja asing digari dan dibiarkan di bawah terik mentari.

11) Lupa bahawa rakyat Malaysia turut berhadapan saat getir berhadapan Covid-19.

12) Memaparkan laporan tidak jujur seperti kanak-kanak digari dan sebagainya.

13) Mencampur-adukkan pekerja asing yang datang secara sah dan pekerja asing tanpa izin.

14) Tidak faham sepenuhnya bagaimana untuk memerangi Covid-19.

Ramai rakyat Malaysia membanjiri YouTube dengan komen terima kasih atas video pencerahan yang dibuat.

15) Tidak pernah berkata perkara baik mengenai Malaysia.

Video tersebut turut dihujani pelbagai komen termasuklah daripada rakyat tempatan.

Rata-ratanya memberikan ucapan terima kasih atas pencerahan yang dibuat sekaligus menjelaskan kekeliruan yang timbul sebelum ini.

Baru-baru ini, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, laporan yang dikeluarkan agensi berita tersebut adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *