Tempatan

“Kena marah pun senyum je..” – Cikgu Sebak, Pelajar Meninggal Tiba-Tiba Di Hari Pertama Sekolah

Pemergian secara tiba-tiba pelajar tingkatan 3 SMK Seri Mulia, Kuala Lumpur semalam sememangnya mengejutkan. Hal ini berikutan tiada sebarang tanda ataupun penyakit yang boleh dikaitkan dengan pemergian Amiruddin Naim Ariffin, 15.

Dia yang dilaporkan telah rebah secara tiba-tiba semasa berada didalam kelas telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan disahkan mninggal dunia.

Negatif Covid-19

Amiruddin juga telah dimaklumkan negatif Covid-19 menerusi Telegram rasmi SMK Seri Mulia apabila siasatan dilakukan semasa di HUKM.

Terkesan dengan pemergian pelajar

Susulan daripada hal tersebut, pemergian pelajar tingkatan 3 Amanah itu nyata membuatkan ramai terkesan terutamanya gurunya yang dikeali sebagai Norziah Ahmad.

Menurut Cikgu Norziah, Amiruddin merupakan seorang pelajar yang baik serta suka tersenyum. Hal ini membuatkan gurunya itu berasa hiba kerana anak muridnya mninggal dunia  walaupun hadir kesekolah dalam keadaan sihat.

Innalillahiwainaillahirajiun…

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian pelajar tersebut. Maklumat tepat masih belum dinyatakan lagi namun jnazah dijangka akan dikebvmikan di Tanah Perkvburan Alam Damai.

Selalu usik, suka tersenyum

Rebah muka pucat lesi

 

Sumber: Norziah Ahmad, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *