“Saya hormat Sharnaaz, turunkan ego demi anak”- Lufya Kecewa Suami Tak Jenguk Anak Setahun Lebih.

Penyanyi Lufya Omar, 35, menyatakan dia berasa kagum melihat kesungguhan pelakon Sharnaaz Ahmad yang sanggup menolak egonya jauh ke tepi demi kebahagiaan anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

Menurut Lufya, dia berpendapat tindakan Sharnaaz itu seharusnya dicontohi pasangan lain yang sudah berpisah kerana itu merupakan jalan yang terbaik.

“Saya sangat hormat dengan Sharnaaz sebab dia pun ada masalah yang besar juga dengan Nabila. Saya petik pasal ni sebab boleh dijadikan satu perkara yang positif.

“Dia turunkan ego dan kemarahannya tolak tepi demi anak. Tak semestinya kena berbaik tu sebagai suami isteri.

“Haura tu anak perempuan. Saya tak boleh terima apabila bekas suami tak jenguk anak dah setahun lebih.

“Saya bagi dia kalau nak jumpa Haura, saya ada bukti mesej-mesej tersebut. Kalau pun dia tak nak jumpa kat rumah, kawasan persekitaran situ luas.

“Dia boleh bawa Haura ke perpustakaan, taman permainan atau mana-mana tempat yang selesa untuk berjumpa anak. Senang cerita, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Lufya ditemui pada majlis pelancaran platform digital Nurflix di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam semalam.

Sebelum ini, bekas suami, Dr Che Hafiz, 30, mengesahkan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada 17 Jun lalu.

Dalam pada itu, tegas pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar dia punya alasan tersendiri kenapa tidak membenarkan bekas suami untuk bermalam dengan anak.

“Saya berasa gembira dan tenang dengan keadaan sekarang ini cuma apabila memikirkan tentang anak, hati pasti akan berasa lemah dan sebak.

“Ada sebab kenapa saya tidak benarkan bekas suami untuk bermalam dengan anak. Itu saya tak boleh kongsikan.

“Sebagai seorang ibu, saya kena lindungi anak perempuan saya.

“Kalau dia tak nak jumpa saya pun tidak mengapa, yang penting jumpalah anak,” katanya lagi kepada Gempak.

Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*