“Tak perlu sandar dan main fon ” – Di Tegur Tiada Adab Dalam Masjid, Alif Satar Jawab Pertikaian Netizen

PERKONGSIAN Alif Satar mengenai sejadah sandar semasa menunggu untuk menunaikan solat Jumaat semalam, menimbulkan pertikaian di kalangan pengikut Instagramnya.

Ada yang menyifatkan pelakon, pengacara serta penyanyi itu tidak menghormati masjid.

Tidak melenting, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini berkongsi sedikit ilmu yang dibacanya.

“Salam geng! Disebabkan ada perbincangan pasal kaki menjulur dalam masjid lah, dosa sandar dalam masjid, berdosa kaki arah kiblat lah dan macam-macam lagi.

“Nah Alif kongsi dari buku yang Alif baca ‘Kenali Rasul Kita Muhammad’. Semoga memberi manfaat kita bersama,” katanya yang turut berhasrat untuk memasarkan sejadah sandar sekdikit masa lagi.

Dalam artikel berkenaan, dijelaskan bahawa keharusan berbaring sambil menyilang kaki di dalam masjid dengan syarat tidak mendedahkan aurat. Jika aurat terdedah, maka itu adalah ditegah.

Menurut Imam an-Nawawi, dalam hadis ini terhadap dalil bagi keharusan bersandar dan berbaring menelentang atau berlunjur di dalam masjid.

Sebahagian ulama antarabanya Qadhi ‘Iyadh berpandangan keharusan berbaring di dalam masjid itu hanyalah kerana darurat atau ketika perlu sahaja seperti kepenatan, ingin berehat atau seumpamanya kerana ini bercanggah dengan kebiasaan Nabi SAW.

Untuk gambar penuh sila swipe ke kanan dibawah

https://www.instagram.com/p/CCxWHJuFjaq/

Sumber : Sinar Harian

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*