“Kau pelacur..”- Pantang Dengan Ayat Ini, Hairi Safwan Lebam Di Tumbuk Lelaki Tak Di Kenali.

Aktor Hairi Safwan mendedahkan dia terpaksa berg4duh dengan seorang individu ketika dalam perjalanan ke sebuah farmasi bersama anaknya.

Menurut Hairi, dia nekad untuk bertum-buk selepas mendengar kata maklan daripada lelaki tersebut yang ditujukan kepada pasangannya.

Pertahankan Maruah Wanita, Hairi Safwan Sanggup Bertumbvk

Pertahankan Maruah Wanita, Hairi Safwan Sanggup Bertumbuk

“Nampak macam ketumbit tapi ni alkisah dua hari lepas. Dah lama tak masuk ring. Sekali sekala sedap juga. Aku jalan dengan anak aku nak masuk farmasi.

“Ada couple g4duh, tiba-tiba keluar ayat yang aku tak suka dengar, kau pel4cur. Aku terus pi tegur. Dan dapat habuan buku lima.

“Adil bagi aku sebab aku buat dia patah tangan dan aku berhenti sebab anak aku reyau saja. Aku ajak dia pi buat report dia takmau, dia nak duit ubat saja,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, akibat daripada kecederaan yang dialami dia tidak dapat membuka mata sepenuhnya.

“Pastu aku pesan kat dia hang nak bawak geng bawak la tapi hang kena ingat budak utara ni kat tempat orang dia solo fighter. Tak dapat harini nanti mesti dapat.

“Dah la aku tak dapat duit ubat, masuk kereta kena beletiaq pulak dengan isteri aku. Baru nak tunjuk hero. Dua hari tak boleh buka mata ni, nak ajak repeat tak boleh dah.

“Jangan sesekali kita hina dan kata wanita pel4cur padahal puncanya dari lelaki bukannya takdir,” tulisnya lagi.

https://www.instagram.com/p/CCxOKulnAZr/?utm_source=ig_embed

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji tindakan Hairi yang sanggup cedera demi mempertahankan wanita.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*