
Dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) sedang mengesan wanita yang dipercayai melanggar arahan kuarantin. Dengan menerusi gambar viral di media sosial, wanita tersebut dilihat makan di sebuah restoran sedangkan masih memakai wristband merah jambu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baru ini lagi, viral pula satu gambar seorang lagi individu yang memakai wristband yang sama kelihatan berada di tempat awam.
Di laman media sosial diTwitter, seorang pengguna memuat naik gambar lelaki memakai wristband merah jambu berada di sebuah kopitiam di Desa Sri Hartamas.
Difahamkan,Individu ini bertindak keluar dari tempat berkenaan kerana menyifatkan orang tidak bertanggungjawab sebegini degil dan tidak boleh ditegur.
Mohon ambil tindakan
Orang ramai menggesa tindakan berat dikenakan kepada pelaku ini dengan segera. Mereka tidak mahu kes semakin meningkat dari hari ke hari. Perkara ini sepatutnya dipandang serius kerana melibatkan nyawa ramai.
Sumber : Isaac Osman TV
Leave a Reply