Tempatan

Majlis Bandaraya Ipoh Jelaskan Kenapa Nama M.Sugu Tidak Di Sebut Ketika Pavithra Terima Anugerah Icon.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan bahawa pengiktirafan ikon Anak Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada S. Pavithra tidak mempunyai kaitan dengan suaminya, M. Sugu.

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd. Syahrizal Azmi berkata, status ikon itu hanya boleh diberikan kepada anak kelahiran Ipoh, Perak sahaja.

“Pengiktirafan tersebut hanya diberikan kepada Pavithra seorang sahaja kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh.

“Ia sebagai satu bentuk penghargaan yang diberikan MBI atas jasa dan pencapaiannya selama ini.

“Manakala suaminya, Sugu bukan asal Ipoh, sebaliknya, berasal dari Sungai Siput, Kuala Kangsar,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Jelasnya lagi, pengiktirafan status ikon itu melibatkan penerima individu sahaja dan bukan diberikan kepada Sugu Pavithra yang merupakan jenama saluran YouTube kendalian pasangan suami isteri berkenaan.

Terdahulu, seorang suami kepada Youtuber masakan popular dikatakan bertindak di luar kawalan apabila didakwa menceder4kan isterinya dalam satu kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun kelmarin.

Difahamkan, insiden tersebut tercetus selepas berlaku salah faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis pengiktirafan di Ipoh yang berlangsung pada Isnin lalu.

Sebelum ini, S. Pavithra diumukan sebagai salah seorang daripada 100 ikon Anak Bandaraya Ipoh.

Saluran YouTube Sugu Pavithra yang dikendalikan oleh pasangan suami isteri berketurunan India itu mendapat perhatian ramai dengan perkongsian video-video masakan dalam bahasa Melayu.

Bahkan, pasangan tersebut juga pernah mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *