Mungkin PKPD atau PKP Kembali Di Buat Jika Kes Meningkat – KKM

Dalam sidang media perkembangan Covid-19 di Malaysia yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datu kDr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan berkenaan status terkini pendemik itu di negara ini.

Pada hari ini, 9 kes baharu disahkan positif dilaporkan dan hal ini memperlihatkan sedikit penurunan daripada hari-hari sebelumnya selepas kes bertambah kepada 2 angka kembali.

Namun begitu, jumlah kes tempatan yang dilaporkan sedikit membimbangkan sehingga membuatkan ramai pihak risau akan berlakunya gelombang kedua pendemik tersebut di Malaysia.

Susulan daripada itu, pihak KKM tidak menolak kemungkinan andai Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) dan juga Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilakukan secara lokal jika ada kes baharu terus meningkat di kawasan tersebut.

Oleh itu, pihak KKM akan menggunakan strategi tertumpu untuk saringan Covid-19 kumpulan berisiko tinggi bagi membendung penularan pendemik ini kembali berlaku.

Sehubungan dengan hal tersebut, Dr Noor Hisham meminta agar rakyat Malaysia terus mematuhi SOP dan melakukan penjarakkan sosial bagi mengelakkan berlakunya gelombang kedua.

Covid-19: 6 kes baru penularan tempatan, majoriti di Sarawak

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat sembilan kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini, dengan enam daripadanya melibatkan penularan dalam negara.

Daripada enam kes itu, empat melibatkan warga tempatan dan semuanya berlaku di Sarawak.

Setiap kes adalah daripada Kluster Stutong, Kluster Sentosa, Kluster Kejuruteraan Kuching dan satu kes masih dalam siasatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit yang masih dalam siasatan itu tidak menunjukkan gejala dan kini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Dua lagi kes penularan dalam negara dikesan di Sabah, melibatkan saringan tahanan sebelum dibebaskan daripada penjara, dan di Kelantan, juga melibatkan kes saringan tahanan penjara tetapi telah dipindahkan ke pusat tahanan Imigresen.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan seramai lapan pesakit Covid-19 telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 8,574 kes, iaitu 97 peratus daripada keseluruhan kes.

Seramai lima pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham memaklumkan tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal 123 kes, iaitu 1.39 peratus daripada keseluruhan kes.

Sumber: KKM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*