Tempatan

Erra Fazira Masuk Hospital Kerana Demam Denggi

PELAKON popular, Erra Fazira dimasukkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya akibat demam denggi, hari ini.

Pembantu peribadinya, Sharendra Abd Razak ketika dihubungi yang mengesahkan perkara itu berkata, Erra mula mengalami demam panas sejak tiga hari lalu.
ERRA Fazira sedang dirawat di Petaling Jaya akibat demam denggi.

“Pada awalnya dia hanya demam biasa. Dia juga sengal-sengal badan dan sakit urat. Pagi tadi, pergi hospital dan doktor sahkan dia menghidap demam denggi.

“Ini kali kedua dia dimasukkan ke wad. Kali pertama ketika melahirkan Aleesya dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Disebabkan itu, beberapa komitmen kerja Erra terpaksa ditunda.

“Sepatutnya jam 12 tengah hari, hari ini dia kena mengacarakan program Mingguan Wanita di Astro, tapi, saya sudah maklumkan keadaan Erra lebih awal.

“Kemudian, esok dia terbabit dengan program Go Shop dan penggambaran drama Gerak Khas. Semua ini terpaksa ditunda dulu. Mohon doakan kesihatan Erra supaya segera sembuh. Maaf atas sebarang kesulitan,” katanya.

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *