Artis Tempatan

“Kami tak layak jadi icon, jangan pilih kami..”- Sugu Pavithra Enggan Lagi Terima Apa-Apa Sebarang Anugerah.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kes pasangan YouTuber masakan popular, M. Sugu yang didakwa menceder4kan isterinya, S. Pavithra ternyata mengejutkan ramai pihak dan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, hari ini Pavithra dilaporkan telah menarik balik laporan p0lis tersebut serta mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Susulan kejadian yang berlaku, pasangan itu mengambil keputusan untuk menolak pengiktirafan menjadi Ikon Bandaraya Ipoh yang diumumkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Isnin lalu dan enggan menerima sebarang anugerah selepas ini.

“Kami baru jadi youtubers dan kami tidaklah hebat sangat dan kami memang tak layak untuk jadi ikon Perak dan apa-apa lagi.

“Ada lagi yang ramai di luar sana, jangan pilih kami sebab ramai rakyat yang salah faham dan benda ini membuatkan orang ramai sakit hati,” katanya.

Pavithra berkata, mereka tidak mahu dikenali ramai dan mahu fokus pada program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ selepas ini.

“Selepas ini kami tidak mahu jadi orang dikenali ramai. Semua itu kami tak nak. Kami orang biasa saja, jadi biarkan kami hidup seperti biasa. Kami tak layak dapat gelaran ikon sebab ramai orang yang berbakat ada di luar sana.

“Kami jaga youtube, nak fokus youtube saja, kami orang biasa jadi pangkat memang kami tidak mahu,” katanya.

Terdahulu, suami pasangan YouTuber sensasi itu naik ber4ng hingga mencederakan isterinya adalah rasa tidak berpuas hati apabila nama tidak tercalon untuk menerima anugerah ikon.

 

View this post on Instagram

 

mcm tu lah bila dah dikenali, ada yg suka ada yg tak suka. All the best to you anyway

A post shared by memes_puaka™ (@memes_puaka) on

Komen netizen

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *