“Mak cik gelang pink tak datang kedai kami..”- Pelanggan Lari, Pemilik Restoren Sedih Jadi Mangsa Berita Tidak Sahih

Tular di media sosial, dua keping foto yang dimuat naik oleh seorang pemilik sebuah restoran di mana menunjukkan keadaan restoran yang lengang kerana tidak dikunjungi pelanggan.

Tuan Denan, pemilik restoran yang berkongsikan gambar lauk yang penuh terhidang di atas deretan meja dan tidak habis dijual, menyatakan bahawa semalam bukan merupakan rezekinya.

”Saya nak kemas kedai dah… Hari ini bukan rezeki saya,kita cuba cari rezeki esok pulak.. Aku sayang korang semua tau.. Jangan tinggalkan saya sorang tau,” tulis beliau.

Ianya dikatakan berpunca daripada satu mesej yang dikongsikan di aplikasi Whatsapp sejak beberapa hari lalu kononnya meminta orang ramai untuk mengelakkan pergi ke tiga lokasi termasuk restoran berkenaan kerana pernah dikunjungi ‘makcik gelang pink’ yang didakwa positif Covid-19 sebelum ini.

Semua peniaga dapat tempias

Gambar: Tangkapan skrin FB Restoran Pokok Belacan

Menerusi perkongsian terbaharu, pihak restoran dilihat tidak mengambil tindakan undang-undang dan telah memaafkan semua pihak yang menyebarkan berita yang tidak sahih.

Kami dah maafkan semua

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan sokongan kepada restoran tersebut untuk terus beroperasi di samping memuji kemuliaan hati pemiliknya.

Mulia sungguh hati tuan

Moga rezeki lagi melimpah

Diharap setiap individu tidak menyebarkan berita yang tidak sahih sehingga boleh membawa kesulitan kepada ramai pihak. Kami mendoakan agar urusan pemilik restoran dan semua pengusaha yang terpalit dengan berita palsu ini dipermudahkan.

 

Sumber: Tuan DenanRestoran Pokok Belacan / siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*