Kisah Masyarakat Tempatan

“Kami nak teruskan hidup seperti biasa”- Pavithra Maafkan Suami, Bayar Jaminan RM10k

KISAH duo YouTuber, M. Sugu yang didakwa memukvl isterinya, S.Pavithra ternyata mengejutkan ramai peminat.

Terbaharu, wanita berusia 28 tahun itu mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya.

“Saya maafkan suami. Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.

“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Dia berkata demikian selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahk4mah Seksyen Ipoh, Perak pada Jumaat.

Terdahulu, Sugu, 29, mengaku tidak bers4lah atas pertuduhan memiliki senj4ta berbah2ya iaitu sebilah s4bit di tempat awam.

Pavithra yang kelihatan sedih memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’.

“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.

“Pergaduhan dipercayai berlaku kerana mangs4 tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima satu anugerah pada Isnin,” ujar seorang sumber.

Sempat Berbual

Dia juga dilihat sempat berbual dengan suaminya, M Sugu, 29, sebelum prosiding bermula.

Pavithra bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan sebaliknya dilihat berbual dengan peguam Mahinderjit Singh di luar mahkamah.

Dia mengaku tidak bers4lah ketika pertudvhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut pertvduhan, dia didapati memiliki s3njata berb4haya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis Tiger.

Kejadian berlaku di parkir wad unit penjagaan paliatif (PCU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 6 petang, 21 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letvpan dan S3njata Berb4haya 1958.

Jika disabitkan kes4lahan boleh dip3njara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun dan s3bat.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail dan tertvduh diwakili Mahinderjit.

Mahkamah menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Semasa prosiding berkenaan, Mohd Waffy memohon mahkamah tidak memberi jaminan kepada tertvduh memandangkan kes4lahan berkenaan tidak ditawarkan jaminan, namun ia bergantung kepada budi bicara hakim.

Tertuduh Youtuber Terkenal

Katanya, tertvduh adalah Youtuber terkenal dan menjadi ikon namun jika diletakkan amaun yang rendah ia akan menimbulkan salah faham kepada masyarakat mengenai keseriusan kes.

Mahinderjit bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan jaminan berikutan tertuduh ketika ini menanggung dua anak dan akan mematuhi segala syarat tambahan dikenakan.

Menurutnya, s3njata berkenaan ditemui disimpan dalam kenderaan bukan pada badan.

Bayar Jaminan

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan.

Memetik laporan Sinar Harian, sumber terdekat memaklumkan, ketika kejadian, wanita itu telah dit4mpar di muka dan pipi beberapa kali menggunakan tangan sehingga bibir berd4rah.

Lengan mngsa juga bengkak akibat dipvkul dengan s3njata disyaki sebilah s4bit.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, wanita tersebut membuat lap0ran polis.

sumber : mstar/ hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *