Tempatan

Rayhan Kabir Akhirnya Di Tahan, ” Beliau akan diusir, disenarai hitam daripada masuk Malaysia selama-lamanya”.

LELAKI Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan agensi terbabit, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi, hari ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jen4yah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek berusia 25 tahun itu, kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang tadi.

“Ya, betul telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.. Jam 6 petang tadi,” katanya ringkas kepada Bernama di sini, malam ini.

 

MD Rayhan Kabir ditahan JIM, petang tadi. FOTO Hazri A Bakar

Harian Metro difahamkan, Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Md Rayhan Kabir diusir, senarai hitam ke Malaysia selama-lamanya

LELAKI Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam, akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, 5.45 petang, semalam.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

MD Rayhan Kabir ditahan JIM di Setapak, Kuala Lumpur, semalam. FOTO Ihsan JIM

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terbabit atas usaha dan komitmen mereka.

“Lelaki Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *