“Kek pondan Thailand..” – Kek Hari Jadi Klon Muka Ruhainies Jadi Bahan Ketawa.

Biarpun masih terlalu awal untuk mengucapkan selamat hari jadi buat pelakon cantik Ruhainies, netizen sudah terlebih awal buat kerja.

Kali ini, kek hari jadi Ruhainies sempena majlis kejutan hari jadinya pada Jumaat menjadi perhatian.

Kek yang diklonkan dipercayai mengikut wajah Ruhainies itu mengundang ketawa ramai apabila usaha itu seolah-olah gagal.

Dalam video yang dimuat naik oleh Ruhanies sendiri di Instagram, kek bertatahkan kepala wanita bersolek dengan rambut panjang mengurai itu disifatkan serba-serbi tak kena oleh netizen.

“Tak tahu nak gelak ke nak sedih tengok kek hari jadi Ruhainies,” tulis salah seorang pengguna di Twitter

 

“Apsal serupa dengan mak nyah dari Thailand tu?” soal pengguna lain.

Bagaimanapun, ada yang memuji usaha Ruhainies untuk menghargai hasil kerja keras individu lain menghasilkan kek tersebut.

Malah, ada yang beranggapan karya pencuci mulut itu bersifat realistik.

“Harap kek ini tak ada rupa sesiapalah. Kalau dah rupa sebiji manusia hidup macam kanibal dah,” tulis pengguna lain.

“Yang penting dia menghargai kek itu,” sahut pengguna lain.

Ruhainies bakal meraikan ulangtahun ke-27 kelahirannya pada 27 Julai ini. Selamat hari jadi ‘in advance’ Ruhainies!

 

View this post on Instagram

 

“Learn to see the good in everything.” . Small advance birthday celebration last night. I heard my birthday cake went viral today. First of all, i nak ucap thanks to the talented baker @syauki_khozaid ? i love your cake. Sedap sangat! Even last minute dia still nak buat surprise for me by making me that cake. I seriously taktahu yang i akan receives cakes, surprises or anything. I decided to come to Penang very last minute since i manage to arrange my schedule to attend my cousin’s wedding which is on today’s date. ?Well, Im proud and amaze with your talent. Bukan senang nak buat cake sedap mcm tu and the most important is your efforts untuk buat cake for me even you baru dapat info that i am coming to Penang last night. Whatever people wanna say about the cake, i don’t mind. As long as I enjoyed the night and im so happy with the surprises! Thank you so much to @faezmaleks for the arrangement and thank you @thepines.co for the lovely decorations ? not to forget, thank you to @ariffr35 and @cekap_privateprotector for taking care of me along the journey from KL – PNG & PNG – KL ? . ?: @mastermus86

A post shared by @ ruhainies7 on

sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*