Artis

“Saya dah putus tunang dengan suami orang..” Anak Arwah Azmil Mustapha Jawab Tuduhan Skandal.

 

Nama pelakon baru, Alya Iman menjadi sebutan warganet semenjak semalam.Anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.

Dakwaan terbabit dilakukan oleh isteri ahli perniagaan itu sendiri.

Tidak berdiam diri, Alya mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak media.

Berikut merupakan kenyataan yang diberikan oleh Alya kepada Gempak menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp:

“Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.

“Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua.

“Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawasanya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.

“Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah.

“Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

“Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik.

“Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.

“Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik,” tulisnya dalam kenyataan terbabit.

Baru sahaja berusia 19 tahun, Alya turut dikenali sebagai model pakaian muslimah dan hijab.

Antara drama lakonan Alya ialah Senafas Rindu, Bukan Kahwin Paksa dan Lelaki Kelas Sebelah.

Sebelum ini, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil menepis dakwaan yang mengatakan dirinya sedang menjalin hubungan dengan pelawak Zizan Razak.

Sebelum ini Isteri kepada seorang ahli perniagaan pada petang Jumaat menerusi laman sosial Instagram (IG)nya mendakwa suaminya menjalin hubungan sulit dengan pelakon baru Alya Iman.
Wanita tersebut mendakwa suaminya sudah setahun menjalin hubungan dengan anak kepada pelakon lagenda, Azmil Mustapha itu.“Home wrecker,” dakwa wanita tersebut di ruangan kapsyen pada salah satu foto yang dimuat naik di IG storynya berserta beberapa lagi foto Alya.

“Dia hidup mewah dengan duit suami saya selama 12 bulan! Ikut suami saya travel naik business class.

“Semua beg tangan mewah dan Rolex pemberian suami. Tolong beritahu dia supaya buka tudung tapi tutup p****!,” dakwanya lagi.

Selain itu, wanita terbabit turut memuat naik foto dipercayai Alya yang bahagian wajahnya ditutup dengan emoji najis sedang duduk di dalam sebuah kereta mewah.

“Sitting in my Mercedes like a queen!,” dakwanya.

Ekoran itu beberapa pengikut di laman sosial IG menyokong dakwaan wanita tersebut mengenai Alya.

“Hi Penny, saya dengar dia ni ada lelaki lain juga. Kaya juga,” tulis seorang warganet

 

sumber : gempak