Artis Tempatan

“Saya dan peguam akan review komen yang keras..”- Teruk Di Kecam, Skandal Alya Iman Bersuara.

Bekas teman lelaki pelakon Alya Iman yang dikenali sebagai Mahathir Mohd akui telah menyesali kesilapan yang telah dilakukan.

Menerusi Instagram Live, Mahathir memohon maaf terhadap isteri, Penny Salman, keluarga dan juga anak-anak.

“Saya amat menyesal atas apa yang terjadi. Kita semua manusia yang tidak lari dari buaSkat kesilapan jadi saya memohon maaf kepada isteri saya, keluarga dan juga anak-anak.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga saya. Terima kasih juga yang mendoakan baik-baik kepada saya.

“Bukan semua komen diterima itu negatif, banyak juga yang positif. Syukur alhamdulillah. Saya sekali lagi berterima kasih kepada yang prihatin dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Mahathir turut berpesan kepada netizen yang meninggalkan komen melampau supaya tidak melebihi batas.

Kata ayah kepada dua orang anak ini, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Satu nasihat saya kepada netizen-netizen yang meninggalkan komen terlalu keras, saya mendoakan kesejahteraan anda semua.

“Tetapi jika anda melampaui batas, saya tidak teragak-agak untuk membuat sesuatu.

“Sekarang, saya dan juga pihak guaman sedang review komen yang sangat keras di ruangan Instagram (IG) saya dan isteri.

“Kepada sesiapa sahaja yang direct message (DM) isteri saya, fitnah dan cerita yang telah dilemparkan itu telah mengeruhkan keadaan

“Tahniah kerana telah berjaya melemparkan fitnah sebegitu rupa kepada saya dan keluarga,” katanya lagi.


Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet

Sebelum ini isteri kepada bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Penny Salman menegaskan dia tidak menyebelahi atau menangkan suaminya dalam isu hubungan sulit ini.

Kata Penny, suaminya tetap salah namun dia memilih untuk menyelesaikan secara berdua.

“Saya tak salahkan Alya saja dalam hal ini, suami saya pun salah. Lelaki mana boleh tahan godaan gadis seperti itu.

“Cuma masalah rumah tangga biar kami selesaikan berdua,” katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, segelintir netizen mendakwa Penny ‘berat sebelah’ kerana hanya berkongsi tentang Alya di Instagram Storiesnya.

Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia berterima kasih dengan keprihatianan warganet yang tidak putus memberikan kata-kata semangat.

“Saya rasa disayangi bila ramai orang yang direct message (DM) bagi kata-kata semangat. Saya tak sangka mereka prihatin sangat,” katanya lagi.

Terdahulu, kisah kontroversi Alya Iman mula menjadi tumpuan netizen apabila Penny mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di Instagram.

Bahkan, satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

Seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *