Politik Tempatan

DS Najib Di Dapati Bersalah, Michael Ang Luah Rasa Bengang ” kalau muncul kluster baru kan menyusahkan”

Pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan rasa bengang melihat situasi orang ramai yang berkerumun di luar mahkamah ketika perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Menurut Michael, kerisauan utamanya bukan pada keputusan perbicaraan, namun khuatir akan risiko penularan COVID-19 di negara kita.

“Salam semua, sejujurnya saya tak ambil pot pasal Pak Najib ni, tapi apa yang saya kisah pasal gambar ni, kita masih berhadapan krisis COVID-19, kerajaan dah cakap kalau kes meningkat, PKP akan dilaksanakan balik,” tulisnya di Instagram.

Dalam entri sama, Michael turut berkongsi beberapa foto memaparkan situasi orang ramai berkerumun di luar mahkamah.

Michael juga berpendapat, pihak kerajaan dan polis harus bersedia lebih awal untuk berhadapan keadaan sebegitu.

“Kerajaan dan polis pun satu, dah tahu mesti banyak orang akan muncul sepatutnya awal-awal dah buat peraturan yang orang awam tak boleh berada di mahkamah dan berhimpun macam ni.

“Kalau muncul kluster baru menyusahkan kita orang juga, mana otak semua orang ni!” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dan bersetuju dengan pendapat yang disuarakan Michael.

NAJIB Diiring Ribuan Penyokong ke Mahkamah Kuala Lumpur

Najib bersalah semua 7 pertuduhan

Najib Razak didapati bersal4h atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah am4nah dan pengubahan wang h4ram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kata Mohd Nazlan, pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan.

Disebabkan itu, kata hakim, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

Keputusan hari ini adalah sabitan pertama Najib yang berdepan puluhan pertuduhan lain dalam skandal syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.

Antara kes lain yang sedang dibicarakan ialah berkaitan pertudvhan salah guna kvasa dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion, meminda laporan audit 1MDB dan pengubahan wang h4ram sebanyak RM27 juta milik SRC.

SRC sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB sebelum ia kemudian menjadi milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) kemudiannya.

Untuk rekod ketika menjadi perdana menteri, Najib juga sebelum ini merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, penasihat emeritus SRC dan menteri kewangan.

Mohon kemuka rayuan pada Isnin

Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menetapkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda atau RM10,000 bergantung mana yang lebih tinggi.

Tiga pertuduhan pecah amanah pula dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan seb4tan.

Bagaimanapun Najib,67, akan terkecuali daripada hukuman seb4tan berdasarkan kepada faktor usianya.

Baki tiga lagi pertuduhan yang dikenakan pada Najib membabitkan dakw4an pengubahan wang har4m.

Untuk itu beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Har4m, Pencegahan Pembiayaan Keg4nasan dan Hasil daripada Aktiviti H4ram 2001.

Ia menyediakan hukuman penj4ra sehingga 15 tahun, denda RM5 juta atau lima kali ganda wang yang terlibat, tertakluk kepada mana yang lebih tinggi.

Ketua pasukan pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah

 

Selesai Mohd Nazlan menyampaikan keputusannya, ketua pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah, membuat permohonan supaya rayuan mereka – yang dibuat sebelum hukuman dijatuhkan – didengar pada Isnin ini.

Bagaimanapun permohonan Shafee dibantah Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram.

Kira-kira jam 12.50 tengah hari Mohd Nazlan menangguhkan prosiding hari ini dan akan bersambung jam 2 petang nanti.

sumber : malaysia kini / gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *