Tempatan

Manis Bertudung Sekitar Majlis Resepsi Zarina Anjoulie & Suami.

Pelakon Zarina Anjoulie selamat bersanding dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas, hari ini.

Zarina kelihatan manis bertudung dan memakai gaun merah jambu sedondon dengan suaminya yang berbaju Melayu moden serta bertanjak.

Majlis itu difahamkan diadakan di rumah mertuanya.

Foto dan video sepanjang majlis itu dikongsi Zarina menerusi akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang ratarata mengucapkan tahniah serta memuji seri wajah Zarina di hari persandingannya.

Sebelum ini, Zarina dan Yas difahamkan sudah bernikah pada 17 Julai lalu di sebuah pejabat agama yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Tanpa membuang masa, Gempak kongsikan foto dan video sepanjang majlis tersebut:

 

sumber : IG Zarina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *