Tempatan

“Orstad-orstad ko orang tak beritau ke ..”- Solat Di Lorong Kecemasan, Siti Kassim Pula Beri Respon.

Sejak beberapa hari lalu tular gambar pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak ketika pulang sempena Aidiladha.

Perkara tersebut menjadi perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang memuji, malah ada yang mempertikaikannya.

Respon dari konsesi

Sementara itu pemegang konsesi KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad pula menasihatklan agar pengguna tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor keselamatan.

Menurut kenyataan media yang memaklumkan tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan tersebut.

” Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur pada setiap kali musim perayaan dan cuti umum.

” Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK juga ingin memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan atas faktor keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Mufti Pahang kata har4m..

Semalam Perkara tersebut telah menarik perhatian Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang memberikan pendapat beliau.

” Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah har4m walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.”

” Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).

” Begitu juga dalam situasi ini, jika memb4hayakan nyawa hukumnya adalah h4ram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.

Katanya, itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Respon Siti Kasim

Sementara itu, aktivis dan peguam Siti Kasim dalam satu posting di Facebook turut memberikan reaksi beliau.

Berkongsi keratan artikel Malaymail, Siti Kasim mempersoalkan tindakan tersebut yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

” Apa nak jadi dahhh..

” Tak dapat markah lebih kalau ko orang buat macam ni.. Memberhayakan diri sendiri dan orang lain. Jangan cakap pasal menyusahkan orang lain..Orstad-orstad ko orang tak beritau ke bukan macam ni nak jadi orang Muslim yang baik… 

” Just to add, if anyone gets upset with my posting, that’s your problem. You can go and kiII yourself for all I care but you’re endangering others too. When your actions affect others, we all have a say.” tulis Siti Kasim

Siti Kasim kemudian menambah dalam ruangan komen menceritakan pengalaman beliau menghadapi situasi serupa ketika berada di United Kingdom.

Menurutnya ketika itu kereta mereka mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemaasan.

” Dalam masa 5 minit, kereta polis datang dan menjerit ke arah kami “Jangan berada dekat dengan kereta!!”, terus kami bergegas pergi ke arah tebing macam kena kejar dengan hantu”, tulis Siti Kasim.

Sumber: astroawani dan FB Siti Kasim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *