Tempatan

“Bukan nak bebel ni untuk kepentingan semua.. ”- Ikut Lorong Tikus, Ismail Sabri ‘warning’ Penduduk Kawasan Temco.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa peringatannya selama ini kerana virvs C0vid-19 masih berada dalam persekitaran di negara ini, termasuk negara-negara seluruh dunia.

Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) itu menjelaskan bahawa tiada niat untuk beliau berleter tetapi peringatannya demi kepentingan bersama.

“Bukan saya nak membebel. Orang kata setiap kali saya bercakap, saya nak membebel je setiap kali penutup. Sebenarnya ini adalah untuk kepentingan semua. Untuk menjaga kepentingan diri sendiri, keluarga kita dan juga masyarakat sekitar

“Kejadian di Kedah dan Perlis, kita tidak duga. Ia berlaku apabila kes kita telah pun menurun begitu baik sekali, satu angka berturut-turut. Kosong selama tiga hari,” katanya pada sidang media petang Khamis, yang merujuk kepada peningkatan kes C0vid-19 di negara ini sejak kebelakangan ini termasuk berpunca daripada kluster Sivagangga.

Ismail Sabri berkata, penduduk setempat dan orang luar dilar4ng melakukan pergerakan keluar masuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di Kedah dan Perlis.

Bagaimanapun katanya, penduduk setempat di dalam kawasan Temco berkenaan bebas bergerak.

“Saya dengar ada kampung di Kedah, yang mana satu rumah di satu daerah mempunyai lapan kes satu keluarga.

“Kita tutup, lock down rumah tersebut dan kesemua lapan sekeluarga tersebut dihantar ke hospital untuk dikuar4ntin dan disaring.

“Ini bermakna kes ini jelas menunjukkan bahawa ia sentiasa berada di sekeliling kita dan tiba-tiba boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebab itulah amalkan kawalan kendiri untuk terus kekal selamat,” katanya.

Pekan kecil Napoh lengang berikutan pelaksanaan Temco di Kubang Pasu, Kedah, Foto Bernama

Menurut Ismail Sabri, beliau turut difahamkan bukan semua kawasan dilaksanakan sekatan jalan raya atas faktor geografi seperti sawah padi.

“Tetapi tidak semua tempat terlindung, boleh ada sekatan jalan raya. Sebab di kawasan-kawasan di Kedah, ada batas-batas sawah misalnya, kita tidak boleh letak polis di merata-rata batas sawah di perkampungan di Kedah.

“Saya difahamkan banyak lorong tikus sebenarnya di kawasan-kawasan itu. Kita boleh letak barb wire (kawat duri) di kawasan tertentu saja. Tapi di jalan batas sawah dan sebagainya mungkin tak boleh.

Jangan lepaskan peluang, hanya RM15 dah boleh pusing satu Pulau ...

“Pihak polis telah pun ditugaskan. Walaupun polis tidak menjaga tetap di kawasan itu, tetapi polis akan mengawal, adakan spot check bagi memastikan mereka tidak keluar.

“Kalau mereka keluar sekali pun, jika ditangkap mereka juga akan dikenakan hukvman yang berat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada semua penduduk di kawasan yang dikenakan Temco agar menjaga diri masing-masing dan juga kepentingan orang lain.

“Kerana kalau mereka keluar, kuar4ntin selama 14 hari di kawasan tersebut masih belum selesai jadi bah4yanya mungkin masih ada.

“Kalau mereka keluar, mereka akan membawa gejala atau membah4yakan orang lain kalau mereka didapati positif nanti.

“Saya haraplah bukan saja kita jaga kita, tapi kita juga kena ada timbang rasa untuk menjaga kepentingan orang lain. Jadi, tolonglah. Janganlah mered4h sawah semata-mata untuk keluar,” katanya.

 

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *