Tempatan

Dua Pekerja Restoren Mamak Positif COVID19 Jangkiti Pelajar Sekolah, Kini Kelas KAFA Di Arahkan Cuti.

KUALA LUMPUR: Sekolah Kafa Integrasi Al-Khairiah (KAFAI Al Khairiah) di AU3, Medan Sri Keramat di sini memberi cuti kepada dua kelas iaitu Kelas 3 Abu Bakar dan 5 Ali susulan dua muridnya mempunyai kontak rapat melibatkan kes C0VID-19 di Restoran Ali Maju Sri Rampai, ibu negara.

Pengurusan KAFAI Al Khairiah memaklumkan, arahan cuti itu bermula dari 17 hingga 24 Ogos ini sebagai usaha pencegahan jangkitan virus berkenaan.

“Dimaklumkan bahawa dua murid dari kelas berkenaan mempunyai kontak rapat dengan individu terlibat dengan kes C0VID-19 di restoran itu dan kini sedang menjalani saringan.

“Justeru, ibu bapa juga dinasihatkan untuk memantau anak-anak di rumah dan sekiranya bergejala perlu segera ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut,” kata pengurusan sekolah berkenaan menerusi satu surat pemakluman yang ditandatangani Ketua Gurunya, Abdul Rahman Haron.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mengesahkan dua kes jangkitan dalam negara membabitkan pekerja restoran bukan warganegara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti yang tular di laman sosial sejak Sabtu.

Dr Noor Hisham sahkan dua pekerja restoran mamak positif c0vid 19 seperti yang tular di media sosial

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua ke$ j4ngkitan dalam negara membabitkan pekerja restoran bukan warganegara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti yang tular di laman sosi4l sejak semalam.

Jelasnya menerusi kenyataan media pada Ahad, terdapat dua j4ngkitan dikesan melibatkan pekerja restoran terbabit selepas saringan rawak di tempat kerja dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Kedua-dua ke$ ini adalah merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana ia telah melibatkan pekerja kedai makan. Telah tular di media sosi4l n0tis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keres4han dalam kalangan pelanggan.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesanan ke$ secara aktif di mana si4satan lanjut dan persampelan akan diambil. Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan ny4hkvman,” katanya.

Semalam, pemilik rangkaian Restoran Ali Maju Sendirian Berhad, Datuk Jawahar Ali Taib Khan dalam satu kenyataan media berkata pihaknya akur dengan n0tis penutupan sementara yang dikenakan ke atas saIah sebuah restoran miliknya.

Ia selepas tular di laman sosi4l mengenai n0tis penutupan saIah sebuah cawangan restoran itu di Wisma Rampai di ibu negara pada sabtu.

Jelas Jawahar Ali, pengurusan restoran sentiasa peka dengan apa jua keadaan persekitaran dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memb3ndung penularan w4bak C0VID-19 sejak meIanda negara pada Mac lalu.

Sumber : Astro Awani via Trending Kini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *