Dr Noor Hisham Dedahkan Punca Penularan Kluster Tawar Yang Menyebabkan 1135 Orang Di Saring.

Menerusi sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 2 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam Kluster Sala dan 1 kes di dalam Kluster Tawar pada hari ini.
Susulan itu, Tan Sri Dr Noor Hisham juga berkata bahawa punca jangkitan Kluster Tawar dan Sala masih dalam siasatan.

“Namun demikian, hasil siasatan ke atas kes-kes positif kedua-dua kluster ini mendapati bahawa penularan jangkitan dalam kedua-dua kluster ini telah disumbang oleh beberapa faktor.

“Penularan jangkitan di dalam Kluster Tawar didapati disumbang oleh perhimpunan di kalangan ahli keuarga yang tidak sepenuhnya mematuhi prosedur operasi standard misalnya kapasiti tetamu perhimpunan tidak mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal yang selamat di antara satu sama lain. Ini membantu penularan yang luas dalam kluster ini meskipun kes indeks dan punca sebenar jangkitan masih dalam siasatan.

“Bagi kluster Sala pula, kes indeks mempunyai sejarah menziarahi pesakit di hospital bersama ahli keluarga beliau walaupun tiada  positif Covid-19 yang dikesan daripada saringan hospital tersebut namun begitu semua ahli keluarga yang telah pergi bersama kes indeks untuk menziarahi pesakit telah dikesan positif,” katanya.

 

‘Kemungkinan besar penularan jangkitan dalam kedua-dua kluster ini dapat dibendung sekiranya amalan 3S dapat dilaksanakan oleh semua pihak, iaitu elakkan tempat yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.’

Walau bagaimanapun, Tan Sri Dr Noor Hisham mengatakan bahawa punca kedua-dua kluster berkenaan masih dalam siasatan.

sumber : KKM

COVID-19: 7 kes baharu Kluster Tawar

Sebanyak tujuh kes postif baharu COVID-19 dilaporkan dalam Kluster Tawar setakat tengah hari ini, membabit empat kes di Kedah dan tiga di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini kluster berkenaan sudah merekodkan sebanyak 46 kes.

Beliau berkata, semua kes baharu ini adalah generasi ketiga manakala seramai 1,135 orang sudah disaring dalam kluster ini.

“Di Kedah, seramai 918 disaring dan seramai 39 kes dikesan positif COVID-19 manakala 655 individu negatif dan 224 individu masih menunggu keputusan.

“Seramai 208 individu disaring di Pulau Pinang dengan tujuh kes dikesan positif COVID-19 manakala 175 individu negatif dan 26 individu masih menunggu keputusan.

sumber : BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*