Artis Tempatan

“Hati-hati ustaz takut ada yang menghantar “- Bomba Datang Bantu Ustaz Kazim, Namun Semua Jadi Pelik..

SIAPA saja yang tak panik kalau nampak ular melintas di depan mata?

Lagi kelam kabut sekiranya seseorang sedang memandu. Silap-silap hari bulan, boleh terbabas dibuatnya gara-gara terkejut melihat ‘tetamu yang tak diundang’ itu.

Begitulah situasi yang dialami penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias.

Berkongsi detik-detik cemas itu menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Kazim berkata haiwan berkenaan muncul di hadapan cermin kenderaan yang dinaikinya.

“Ingatkan tali apa dok melenggok-lenggok depan cermin. Sekali dia dongak rupa-rupanya ular… adoi. Alhamdulillah sib (nasib) baik tak panik,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Enggan mengambil risiko yang mungkin membahayakan keselamatan, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan pasukan bomba bagi mengeluarkan reptilia berkenaan.

Bagaimanapun, usaha pencarian itu tidak berhasil menemukan haiwan berkenaan di dalam kenderaan yang dinaikinya.

 

“Terima kasih kepada abang-abang bomba yang datang membantu tadi. Masalahnya ular tu tak dijumpai. Nak sambung perjalanan pun naik gayat ni. Buatnya dia keluar kut (ikut) lubang air-cond ke, bawah kaki ke.

“Dah la jenis penakut ke ular. Sakit jantung ni. Apa pun terima kasih pasukan bomba dan penyelamat yang datang tadi,” tulisnya.

TAK JUMPA ULAR ..

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman berdepan dengan haiwan yang sama ketika berada di dalam kenderaan.

Bagaimanapun di sebalik komen yang mendoakan keselamatan perjalanan Ustaz Kazim, ada juga segelintir netizen yang mengaitkan situasi tersebut dengan unsur mistik dan meminta penceramah terkenal itu berhati-hati.

ADA YANG CUBA NAK KENAKAN USTAZ KAZIM?

“Assalamualaikum ustaz, hati-hati. Kadang ada yang menghantar supaya kita bawa kereta dalam keadaan berbahaya. Semoga dijauhkan semua yang jahat merupakan mainan iblis laknatullah,” komen seorang netizen.

“Bila baca posting ustaz ni teringat satu ceramah ustaz yang saya dengar tentang jelmaan jin. Entah kenapa naluri saya ke arah itu. Baca je apa-apa yang patut ya ustaz. Mintak ia pergi,” komen yang lain pula.

“Semoga niat buruk dari orang yang sampaikan ke ustaz kembali kepadanya semula. Jika itu benar ular, jumpailah Ya Allah. Semoga dipermudahkan urusan ustaz,” komen seorang lagi netizen.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *