Lelaki Perancis Memakai Gelang ‘pink’ Tiba Di Langkawi, Ini Tindakan Polis & KKM Kepada Beliau.

POLIS memantau kehadiran lelaki warga asing yang memakai gelang merah jambu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis segera mengesan lelaki berusia 64 tahun itu susulan menerima laporan daripada polis bantuan LTAL yang melihat kelibat warga asing itu di ruang legar.

“Terdahulu, lelaki warga Perancis itu dilaporkan tiba di LTAL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malindo Air pada 2.50 petang ini.

“Siasatan mendapati lelaki itu menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris semalam ke Doha, seterusnya ke KLIA menaiki pesawat yang sama dan tiba di KLIA pada 8.25 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Iqbal berkatq, ketika di KLIA lelaki asing itu disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keputusannya negatif virus Covid-19.

“Lelaki itu diarahkan supaya menjalani kuarantin di rumahnya di Pantai Chenang selain perlu bertemu Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kedah pada 1 September ini dan menjalani ujian kedua Covid-19 keesokannya.

“Pihak KKM Langkawi berhubung dengan KKM KLIA dan mendapat kebenaran untuk lelaki terbabit membuat kuarantin kendiri di rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, polis dan KKM Langkawi akan membuat pemantauan ke atas lelaki terbabit dari semasa ke semasa untuk memastikan beliau mematuhi perintah kuarantin yang ditetapkan.

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*