Tempatan

Pemandu Vios Lawan Arus Rupanya Seorang Penguatkuasa, Dia Ceritakan Apa Yang Berlaku.

PENGGUNAAN aplikasi navigasi dikatakan menjadi punca pemandu kereta Toyota Vios memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Sumber berkata, pemandu lelaki berusia 29 tahun itu adalah seorang anggota penguat kuasa.

Menurutnya, anggota itu dipanggil ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur untuk siasatan.

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu terbabit datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kejadian 4 petang Rabu lalu, pekerja bank berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus.

Video dirakam mangsa sebelum kejadian jelas menunjukkan pemandu kereta melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong dan seterusnya menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan lalu terlanggar tembok sementara pemandu kereta meneruskan perjalanan.

LELAKI YANG CUBA BANTU VIOS TAMPIL MOHON MAAF

Menerusi video yang tular di media sosial, penunggang motosikal biru itu cuba mengelak sebelum merempuh tembok di terowong.

Video berdurasi 39 saat yang dipercayai dirakamkan dari topi keledar penunggang motosikal biru itu turut merakamkan seorang penunggang motosikal lain menunggang berlawan arus di hadapan kereta jenis Toyota Vios putih itu.

Turut kelihatan seorang penunggang motosikal yang berhenti di tepi terowong lebih awal sebelum cuba membantu pemuda berkenaan.

Penunggang motosikal cuba mengelak ke tepi laluan motosikal.

Susulan video yang tular sejak Jumaat malam sehingga menimbulkan kemarahan ramai, seorang pemuda yang mendakwa dirinya sebagai penunggang motosikal yang berlawan arus bersama pemandu kereta Toyota Vios itu tampil memberi penjelasan.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Fahmi Faiz Muhamad Ismadi berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 5 petang Rabu lalu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan berdekatan pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, arah pusat bandar Kuala Lumpur.

Muhammad Fahmi berkata, dia ketika itu dalam perjalanan untuk membuat penghantaran dekat pusat membeli-belah sebelum melihat sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang penumpang wanita terperangkap di laluan motosikal.

Keadaan motosikal mangsa yang terbabas.

“Disebabkan laluan sempit, jadi saya suruh dia patah balik untuk keluar ke laluan sebenar di Lebuhraya Persekutuan. Masa tu hujan renyai-renyai dan jalan pun agak licin.

“Saya menunggang motosikal di hadapan kereta tersebut dan beri isyarat kecemasan supaya penunggang motosikal lain berhati-hati. Masa nak masuk terowong tu saya bagi hon, dan ada seorang penunggang motosikal lain berhenti di tepi.

“Tapi abang yang tunggang motosikal biru tu mungkin tak sempat brek hingga langgar tembok dan saya teruskan perjalanan untuk beri amaran kepada penunggang motosikal lain di hadapan,” katanya yang berusia 23 tahun kepada mStar.

Muhammad Fahmi berkata, jarak dari terowong di lokasi kejadian dan laluan untuk kereta Toyota Vios keluar ke Lebuhraya Persekutuan adalah kira-kira 500 meter.

“Selepas kereta Vios dah selamat masuk Lebuhraya Persekutuan, saya patah balik ke tempat kejadian untuk tengok keadaan abang motosikal biru tu.

“Tapi sebaik sampai, abang tu dah tak ada. Mungkin abang tu meneruskan perjalanan tapi nampak ada kesan motosikal abang tu mungkin bahagian depannya patah,” ujarnya yang mula menjadi penghantar makanan sejak April lalu.

Susulan kejadian itu, pemuda yang berasal dari Tapah, Perak itu memberitahu dia telah membuat laporan polis dan keterangannya telah diambil di Balai Polis Travers di Brickfields, Kuala Lumpur, awal pagi Sabtu.

Sementara itu, Balai Polis Travers ketika dihubungi mStar mengesahkan menerima laporan tersebut.

Laporan polis yang dibuat oleh Muhammad Fahmi.

Menurut Muhammad Fahmi, dia mengakui tersilap percaturan dalam usahanya untuk membantu pemandu kereta tersebut dan tindakannya itu boleh mengundang bahaya.

“Saya minta maaf kerana tidak cekap untuk memberi isyarat yang sempurna. Saya minta maaf kepada abang motor biru sehingga dia terbabas.

“Harap keadaan dia okay dan selamat. Saya dah patah balik tapi abang tu dah beredar. Saya sedia untuk berjumpa dengan abang motor biru dan minta maaf dengannya,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE / HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *