Artis

Didakwa Atas Cubaan Rog0l, Youtuber Korea Daud Kim Menangis Ceritakan Hal Sebenar

Nama Youtuber Mvslim terkenal dari Korea Selatan, Daud Kim tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen selepas viral satu video di media sosial yang mendakwa dirinya telah melakukan ser4ngan s3ksval terhadap seorang wanita.

Terbaru, Daud Kim menerusi akaun Youtube miliknya ada memuatnaik satu video dengan menceritakan kejadian sebenar.

Jelas perkara sebenar


Menerusi video yang viral sebelum ini, seorang wanita telah mandakwa dirinya hampir dirog0l oleh Daud Kim ketika melancong di Korea Selatan. Berikutan daripada dakwaan tersebut, Daud Kim telah menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Youtuber terkenal itu.

Namun begitu, Daud Kim telah membuka mulut dengan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku pada ketika itu. Menurut Daud Kim, dia memaklumkan ketika kejadian yang berlaku sekitar 1 tahun yang lalu, dia masih belum memeluk agama 1slam. Dia turut mengakui dirinya sedang mabvk ketika berjumpa dengan 2 orang wanita berkenaan.

Jadi pada 27 Jun yang lalu, saya telah mabuk seorang diri di kelab di Hongdae dan disana, saya berjumpa dengan 2 orang wanita. Kami berbual dan bertukar teks. Dan beberapa jam kemudian, saya menghantar mesej kepada salah seorang daripada mereka yang saya ingin berjumpa. Dia memberikan alamat dan membenarkan saya datang ke rumahnya kerana pada ketika itu saya sangat mabuk dan berada dalam kondisi yang tidak normal.

Daud Kim mohon maaf

Mereka kemudian berbual sebelum dia tertidur di atas sofa dan tidak sedarkan diri. Selepas terjaga dari tidur, Daud Kim mendengar ada seseorang menjerit ke arahnya sebelum terjatuh dari tangga. Mereka memberitahu kepadanya bahawa akan melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Dia yang panik kemudian bergegas keluar dari rumah berkenaan.

Selepas mereka membuat laporan polis, mereka mendakwa saya cuba melakukan gangguan s3ksual. Oleh itu, saya telah disiasat oleh pihak polis. Pada mulanya saya sangka saya tidak melakukan apa-apa kerana saya tidak ingat. Dan saya juga yakin saya bukanlah seorang yang jahat.

Namun selepas mendengar kenyataan mereka, Daud Kim merasa ada sesuatu yang tidak kena dan dalam masa yang sama dia rasa serba salah. Wanita itu kemudian meminta Daud Kim untuk meminta maaf dan mereka kembali berjumpa pada 5 Julai 2019 yang lalu. Permohonan maafnya telah diterima wanita berkenaan malah terdapat juga dokumen mengenai perkara itu.

Mangs4 telah membuat laporan di Balai Polis Seoul Mapo mengenai insiden pada 27 Jun 2019 sebagai kes gangguan s3ksual. Tetapi laporan dibatalkan.

Mangs4 bersetuju dan tak akan mendakwa atas apa-apa kesalahan sivil atau jenayah.

Mangs4 menyatakan dia tidak mahu menghukum Daud Kim atas kes tersebut.

Dokumen tersebut telah diserahkan kepada pihak polis namun telah dibatalkan. Bukan itu sahaja, sebelum ini dia juga telah membuat permohonan maaf di laman Instagram miliknya. Sementara itu, Daud Kim memohon maaf secara ikhlas kepada semua pengikut dan orang ramai mengenai isu ini. Menurutnya, dia kini sudah beragama Islam dan sudah bertaubat. Tambahnya lagi, dia juga kini tidak mengambil minuman beralkoh0l lagi.

Sebelum ini pengakuan ini pernah didedahkan seorang lagi pengguna Twitter iaitu Chewykiss yang mengakui merupakan sahabat kepada mangs4..

 

Sumber: Daud Kim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *