Bakal Berkahwin, Mira Filzah Selesai Khatam Quran

Mengambil keberkatan hari Jumaat, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya perempuannya, Aina Fadhilah.

Tampil manis mengenakan busana berwarna merah jambu, majlis tersebut dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat selain diiringi kumpulan marhaban.

Video 1:

 

Beberapa posting dimuat naik seorang penceramah, Asni Mansor yang berkongsi Instastory sekitar majlis berkenaan yang dilangsungkan secara sederhana.

Laman Instagram @wanemirafilzah iaitu peminat kepada Mira dan tunangnya Wan Emir Astar turut berkongsi posting untuk tatapan peminat pasangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Manisnya kedua-dua bakal pengantin ??? Credit to ainfarhanah16_

A post shared by @ wanemirafilzah on

 

View this post on Instagram

 

So pretty ???? . . Credit @kayangangallery

A post shared by @ wanemirafilzah on

 

View this post on Instagram

 

Majlis Khatam Al-Quran Amirah & Aina . . Credit @blushbysyafiqah

A post shared by @ wanemirafilzah on

Difahamkan adiknya yang berusia 25 tahun itu akan menamatkan zaman bujang terlebih dahulu manakala Mira pula dijangka bakal berkahwin pada Oktober ini.

 

Sumber : Asni Mansor , wanemirafilzah, OMM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*