“Meh la sembang depan-depan” – Terima Kecaman, Ali Puteh Kongsi Alamat Rumah Ajak Netizen Berdepan.

KEMELUT antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Mohd Ali masih menjadi perbualan hangat netizen selepas kedua-dua mereka membuat keputusan membawa perkara itu ke mahkamah.

Isu itu menjadi perhatian netizen yang terus menerus mengecam dan menyalahkan tindakan Ali yang membalas saman balu kepada Allahyarham abangnya yang juga pelawak Abam Bocey.

Berang dengan perkara itu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, menerusi laman Instagram berkongsi alamat kediamannya tang tertera di kad pengenalan kepada netizen yang tidak berpuas hati untuk bersemuka.

“Itu saya cakap… kalau tak tahu hal rumah tangga orang diam. Meh la sembang depan-depan senang, cari dosa kering buat apa.Itu alamat dah bagi. Sembang deras sana sini buat apa, meh (mari) bersemuka borak, kan senang. Ala Melayu ini… pumpang pumpang alamat dah bagi kan,” kata Ali.

Sebelum itu, ruang komen di perkongsian Intagram pelawak itu dipenuhi dengan pendapat netizen yang menyuarakan pandangan mereka mengenai isu tuntutan yang dibuat oleh Nor Hidayah.

“Cerita dekat media macam Hidayah saman dia. Padahal itu prosedur biasa menuntut harta sepencarian jika suami meninggal.

Nor Hidayah terlebih dahulu memfailkan saman terhadap Ali serta keluarganya dan antara melibatkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Menerusi laporan mStar pada 27 Ogos lalu, Ali juga bertindak memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Kredit:MstarOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*