Artis

” That boy is an asshole..”- Anak Sulung Nora Ariffin Bersuara, Ingin Berjumpa Keluarga Kekasih Adiknya

Menegaskan bukan adik perempuannya, Putri Nor Dahlia sahaja yang bersalah dalam isu yang sedang tular iaitu video bercumbu dengan kekasih, namun anak sulung penyanyi, Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan tampil mendedahkan bahawa remaja lelaki itu juga turut sama bersalah.

"Dua-Dua Salah Sebab Buat Dosa" - Anak Sulung Nora Ariffin Tampil Buka Mulut Isu Adik Perempuan Bercumbu

Syakir khabarnya berasa kesal kerana rata-rata netizen meletakkan kesalahan kepada ibu dan adiknya sahaja dan dilihat tidak segan lalu menghentam pihaknya sahaja.

Perkara itu, dikongsi sendiri oleh Syakir menerusi beberapa tweet di laman twitter miliknya.


“Ye adik aku salah. Dua-dua salah sebab buat dosa. Lepastu laki tu kongsi kat ‘socmed’. Tu ja ‘point’ aku. Yang kena bash adik and mak aku ja. Jadi bukan aku yang tak adil ya. Moga bermanfaat.”

Menurutnya, beliau amat berharap agar isu bercumbu ini dijadikan pengajaran oleh adiknya dan juga kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan.

Menurutnya, beliau amat berharap agar isu bercumbu ini dijadikan pengajaran oleh adiknya dan juga kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan.

 

Tambahnya Syakir lagi, kemelut yang menghantui keluarganya ini juga akan diselesaikan antara keluarga, malah tetap akan memastikan agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

“InshaaAllah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga budak lelaki itu. Walaupun ada yg sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada, dan doakan kami semua InshaaAllah.”

Semalam, kecoh di media sosial apabila pelantun lagu Desa Tercinta itu bertindak mengaku gadis yang tular videonya bercumbu dengan seorang remaja lelaki pada Khamis lalu merupakan anak perempuannya.

Susulan pengakuan tersebut, nama Nora tidak putus-putus dihentam dan dicaci maki netizen yang mendakwa dirinya tidak pandai mendidik anak sehingga dilihat tidak segan berkelakuan tidak sopan seperti yang tular di media sosial.

sumber : https://beautifulnara.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *