“Saya telah mendidik dia..”- Ibu Remaja Lelaki Buat Permohonan Maaf Atas Video Tidak Senonoh Anaknya.

Sebelum ini gempar satu Malaysia dengan satu pengakuan yang telah dimaklumkan oleh Nora Ariffin berikutan video bercumbu yang tular di media sosial yang dikaitkan dengan anak perempuannya Putri Nur Dahlia.

Pelbagai kecaman yang menghujani Nora dan anaknya susulan kejadian tersebut. Sebahagian netizen juga mempersoalkan mengapa remaja lelaki dalam video tersebut tidak membuat sebarang pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka.

Susulan kejadian itu, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan telah bersuara hari ini dengan mengatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video tersebut.

Namun, budak lelaki yang merupakan bekas kekasih anak Nora, telah tampil bersuara meminta maaf dan meminta orang ramai henti sebarkan videonya bersama anak Nora. Ibu kepada remaja terbabit yang dikenali sebagai Zuher turut meminta maaf keatas kesilapan anaknya itu.

Ibu kepada Zuher menyatakan anaknya masih muda dan telah melakukan kesilapan yang besar. Dia juaga meminta maaf kepada Nora Ariffin serta keluarganya diatas apa yang berlaku. Dia harap semua ini dijadikan pengajaran dan hentikan penyebaran video anaknya itu.

Sebelum ini, Instagram Nora Ariffin tiba-tiba dibanjiri komen netizen mengecam tindakannya sebagai ibu gara-gara satu video tular.Dalam video tersebut, seorang remaja perempuan dan lelaki dilihat bercium mulut di tempat awam. Setelah video tersebut tular, ramai netizen membuat spekulasi mengatakan remaja perempuan tersebut adalah anak Nora.Nora memberitahu dia sebagai ibu telah cuba untuk mendidik dan membimbing anaknya serta memberikan apa yang terbaik, namun sebagai manusia, manusia tak boleh lari dari kesalahan.

Nora juga turut mendoakan agar anaknya dapat belajar dari kesalahan itu dan akan menjadi lebih baik di masa akan datang. Penyanyi ini turut meminta agar orang ramai memberikan dia dan keluarganya ruang buat masa sekarang.

Sumber:TwitterLayinCamelia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*