Akhirnya Ketua Geng Samun Merupakan Wanita Rohingya Telah Di Tangkap.

Klang: Polis berjaya memberkas seorang wanita Rohingya dipercayai ketua geng samun tepi jalan dan pecah rumah warga senegaranya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, tangkapan itu dibuat susulan siasatan ke atas enam ahli kumpulan terbabit yang ditahan sebelum ini.

“Susulan tangkapan tiga lelaki dan tiga perempuan warga Myanmar itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berjaya menangkap ketua geng samun dikenali Geng Jahan yang diburu sejak minggu lalu.

“Wanita berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Homestay Jalan Sri Bayu Pantai Morib.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun di Taman Ria Jenjarom

“Mereka ditahan sepasukan pegawai dan anggota IPD Klang Utara dibantu pasukan D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 2.30 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, ujian saringan air kenc1ng mendapati perempuan yang dipercayai ketua kumpulan terbabit positif dad4h jenis Methamphetam1ne.

Nurulhuda berkata, susulan tangkapan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira warna hitam, surat pajak gadai, beg pelbagai jenama, telefon bimbit pelbagai jenama, kad prabayar dan wang tunai termasuk mata wang asing.

“Wanita Myanmar itu direm4n empat hari bermula semalam hingga 8 September ini, manakala lelaki berkenaan yang dipercayai memajak sejumlah emas yang dicvri diberi jaminan polis hari ini.

 

Rabu lalu, NSTP melaporkan polis menahan enam warga Myanmar, termasuk tiga wanita, disyaki ahli Geng Jahan yang aktif melakukan jenay4h samun serta pecah rumah di sini dan beberapa daerah sekitar.

Jumaat lalu, polis menahan dua svspek di sebuah hotel bajet di bandar Klang, serta merampas sejumlah barang kemas dipercayai hasil kegiatan samun dan pecah rumah.

Polis turut menahan empat lagi svspek di sekitar Klang dan Kuala Langat, selain merampas sejumlah barang kemas sudah dipajak oleh kumpulan berkenaan di dua kedai pajak di Teluk Panglima Garang.

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*