
Hari ini kecoh di sosial media seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu sebuah kereta kereta Proton Saga milik bapanya.
Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.
Atas makluman orang awam, pihak polis berjaya mengesan budak tersebut selain termasuk ibu bapanya untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan.
Selepas tindakan di ambil oleh pihak PDRM tular pula seorang kanak-kanak berbangsa India yang membawa lori tangki..
Rata-rata netizen meminta PDRM mengambil tindakan yang sama dilakukan pada kanak-kanak ini..
sumber : INFO Kemalangan 1 Malaysia
Leave a Reply