Remaja 0ku Bakar Rumah Nenek, Sempat Rakam Sambil Menangis Cakap “Arwah Ibu Suruh Bakar”

Kjadian kebkaran di sebuah kampung di Kuala Terengganu mencetus rasa panik dan hairan orang ramai.

Ia selepas kjadian itu membabitkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang hiperaktif dan membkar rumah keluarganya, di Kampung Gong Tok Nasek, di sini, malam tadi.

Remaja berusia 14 tahun itu mendakwa melakukan perbuatan tersebut selepas terdengar ‘arahan’ arwh ibunya dan dia turut merakam video kebkaran yang memusnahkan 100 peratus rumah itu, menggunakan telefon bimbitnya.

Nenek saudaranya, Juriah Salleh, 64, berkata, remaja tersebut tinggal bersama nenek dan bapanya di rumah berkenaan namun ketika kejadian hanya dia seorang berada di rumah.

” Ketika kejadian cucu saudara saya (remaja berkenaan) sempat merakam video kebkaran itu sambil menangis. Saya panggil dia dan suruh duduk dulu..

” Saya menjerit bila nampak dia dan tanya kenapa..dia kata dia yang bkar.

” Lepas disoal kenapa bkar rumah, dia jawab masa itu telah ternampak arwh ibunya dan disuruh bkar rumah mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Malah ketika menjawab soalan wartawan, remaja terbabit berada di sebelah neneknya dan bersahaja menjawab pertanyaan bagaimana rumah tersebut dibakar.

Katanya, remaja terbabit turut mengakui menyalakan api dengan menggunakan mancis, kertas dan lilin yang dibeli olehnya ketika tinggal bersendirian.

” Lilin dia letak dalam kain dan kemudian bkar. Dia memang ada masalah dari segi mental, emosi..walaupun dia cucu saudara saya tapi saya tahu (membesar) depan mata saya..” katanya lagi.

Juriah berkata, cucu saudaranya itu disahkan hiperaktif sejak kecil namun keadaan emosi dan mentalnya semakin terganggu selepas kem4tian ibunya dua tahun lalu akibat pnyakit bar4h paru-paru dan dia pernah membkar rumah ketika berusia 10 tahun, namun api sempat dipadamkan.

Remaja terbabit juga dikatakan masih dalam rawatan pemulihan dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan pihak hospital.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Terengganu Rozizah Ibni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.59 malam dan seramai 19 anggota bersama dua jentera serta satu jentera tangki dikejarkan ke lokasi kejadian.

” Ketika pihak bomba sampai, kebkaran seratus peratus dan dikenal pasti terdapat seorang mangsa iaitu remaja berusia 14 tahun berada di rumah ketka kejadian, bagaimanapun dia telah keluar ke tempat selamat sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya.

Tambaj Rozizah pihak bomba mengambil masa kira-kira 25 minit bagi mengawal dan memadam kebkaran sepenuhnya.

sumber : malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*