Tempatan

Tetamu Positif C0vid 19, KKM Terpaksa Cari Semua Yang Hadir Majlis Kenduri Akad Nikah

BUKIT MERTAJAM, 8 Sept (Bernama) — Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini meminta tetamu yang menghadiri satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam pada 29 Ogos lepas agar menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah (SPT).

Pengarah Kesihatan negeri Dr Asmayani Khalib berkata ini susulan seorang tetamu di majlis itu disahkan positif C0V 19 dan kini dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.

Menerusi laporan Penang Kini, difahamkan ada segelintir tetamu tidak scan QR Code MySejahtera semasa menghadiri majlis tersebut.

Berdasarkan laporan, tuan rumah telah menyediakan QR Code MySejahtera buat tetamu yang datang ke majlis tersebut. Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan gagal mematuhi SOP.

Mereka dipercayai tidak scan MySejahtera Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah sebenar tetamu yang hadir pada majlis berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tak Scan My Sejahtera

Terdahulu, tular satu notis yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah SPT meminta semua tetamu di majlis akad nikah berkenaan menghubungi bilik gerakan pejabat kesihatan itu menerusi talian 045397884.

Antara komen dari pembaca:

Hari ni 100 kes balik..meglupor smua nk wat knduri kawin, wat knduri doa slmt je la..pkirkn keadaan skg ni bkn comfirm2 da pulih..kite xtau tetamu smua dari mana..

Orang dah cakap dah jaga dan patuh sop suruh buat benda simple pun xleh buat semua pentingkan diri sendiri dan tiada kesedaran sivik langsung dalam diri apa guna buat #KitaJagaSemua tapi perangai manusia masih sama.. tak pernah berubah.

Xyh lulus kenduri 250 org tu.. Klo 4 knduri dh 1k org.. Dh klo lebih 10 knduri 1malaysia nih?? Abis meliingkup.. Tibe pulak sorg positif abis merebak semua.. Nayee je.

Cov skrg serang dlm senyap.. covid skrg xdak simtom mcm yg lps2 ,dia xkan aktif dlm anti body yg kuat sebaliknya dia aktif bila anti body yg lemah.. lps 13hari saringan yg pertama mungkin x aktif lg.. masuk hari yg 14 kena buat saringan kedua br tahu dia positif atau negatif..

Mcm mana boleh lepas kan org positif cov 19 mcm mana cari dlm ramai ramai jamuan nikah ni.pasti buat suhu badan tapi adakah tulis tulis nama dan nmbr fon dan rekod suhu badan dia.

kalau tidak tulis rekod abis lah mesti virus pd org lain tetap juga skrg mereka tahu dlm seminggu tahu apa rasa badan mereka.siapa bagi kebenaran hadiran nikah ni ramai sangat waktu mkn tidak ikut sop itu sy tahu lepas waktu tenggah hari cuaca panas mesti tidak pakai mask.pkpp pun sudah lepas berkumpul hadiran nikah ni ramai sangat knp ada bg risau ke.

pkpp tidak ambil tindakan .kerajaan sudah bagi syarat apa apa kenduri tidak melebihi 20 org tapi skrg tangguk berapa ramai lagi ada kena positif sudah tahu knp lepas dia terus tahan di sana juga kan skrg siapa susah u org suruh dtg pejabat semua boleh hadir ke lagi terpaksa pula dia cinta nyawa sendiri biar dia org sendiri pejabat kesihatan jangan paksa sangat.

hari hari pm kita suara kita jaga kita selalu sebut dlm berita dan redio tp masih degil juga.

Sumber: Bernama/PenangKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *