Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Dahulu, Netizen Kagum Wajah Sofia Jane Kekal Muda

Jarang mendengar khabar mahu pun perjalanan seni pelakon sensasi 90-an Sofia Jane di dada akhbar atau media sosial.

Mungkin mahu kekal hidup sederhana dan enggan terlalu mendedahkan sisi peribadi di internet, perkongsiannya hari ini bagaimanapun mengejutkan warga maya.
Sofia, nama sebenar Sofia Jane Hashim, 48, memuat naik foto dirinya bersama suami sempena ulang tahun perkahwinannya ke-25.

“Jubli Perak,” catat pelakon filem Mira Edora itu di Twitter, dengan hantaran tiga foto bersama Datuk Meor Zain Azman, dari waktu majlis pernikahan hingga kini.

Melihat foto-foto itu, warga maya kagum dengan kejelitaan wajah wanita kacukan Inggeris-Melayu kelahiran London yang kelihatan seperti tidak dimamah usia.

“Suami anda berubah. Anda kekal muda. Saya mahu belajar bagaimana cara suami anda menjaga anda hingga ke tahap ini. Saya juga mahu buat begitu kepada isteri saya,” catat Naz Amin di ruangan komen.

“Suami saya umurnya hampir 60 tahun (dan masih kelihatan hebat). Saya 11 tahun lebih muda. Harap ini dapat menjawab soalan anda,” balas Sofia.

“Selamat ulang tahun perkahwinan madam! Ya Tuhan cantiknya puan, wajah sama walau masa berlalu,” catat fazaraptor.

“Bagaimana anda boleh kekal muda? Tidak adil bagi kami makhluk fana. Tahniah, tak sabar nak lihat hantaran anda sempena jubli emas,” catat TKohHock.

Hantarannya sejak pagi tadi disukai lebih 16,000 dan dikongsi lebih 4,500 pengguna Twitter.

Sofia Jane berkahwin pada 1995 dan dikurniakan empat cahaya mata.

sumber : msn

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*