Youtuber Ini Tuduh Rider Curi Air Starbucknya, Sekali Grab Food Respon Terus Dia Mohon Maaf.

 

Perkhidmatan penghantaran makanan adalah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekarang nak beli barang pun tak payah keluar rumah sebab semua boleh order secara online je.

Kali ini, viral pula di Twitter apabila ada seorang pengguna Grab Food yang telah mendakwa air Starbucks yang dipesannya telah dicuri oleh penghantar makanan Grab.

May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says 'Ezrin MN @exmnexmnmn Hello @GrabMY kenapa rider curi air Starbucks? Order 3 tapi dapat 2 je. Kalau nak aku belanja air. Minta je la bukan cuti. Dah report pun grab buat senyap je. Babi.'

Individu tersebut telah mendakwa sedemikian sebab hanya ada dua air Starbucks sedangkan dia telah memesan tiga minuman.

Dia juga mengatakan dia telah memfailkan aduan kepada pihak Grab namun tiada sebarang respon pada ketika itu.

Namun, pihak Grab Malaysia telah membalas tweet lelaki tersebut dan menjelaskan perkara yang berkemungkinan berlaku kepada pesanan air yang dibuat individu tu.

Korang kena baca sendiri respon Grab ni.

Setiap order, packaging telah di-seal 

Ada juga netizen lain yang berkongsikan pengalaman makanan mereka yang tak cukup sebelum ini namun perkara dapat diselesaikan dengan baik.

Namun, difahamkan, pihak Grab dah dalam proses refund duit lelaki terbabit semalam dan katanya proses itu boleh mengambil masa dalam 2 hingga 3 hari bekerja.

Terkini pemuda yang dikenali sebagai Ezrin Nazan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan dengan kecaman dan tuduhan yang dibuat kepada penghantar makanan hingga viral di media sosial hujung minggu lalu.

Akui silapnya, Ezrin membuat permohonan maaf menerusi YouTube miliknya dan bersikap terbuka dengan menerima segala kritikan netizen untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.

 

Kepada rider yang terkesan aku nak minta maaf banyak-banyak.”

Katanya pihak Grab telah menghubunginya dan menjelaskan bahawa silap itu datang daripada kedai minuman tersebut, bukan daripada pihak penghantar.

“Kat sini aku dapat info pihak cawangan dekat Starbucks tu sendiri yang salah, dia terlepas pandang order tu, dia bagi kat rider 2 je, so rider tak salah.”

Dia juga berharap agar pihak Grab tidak membuat sebarang tindakan kepada penghantar yang bertanggungjawab.

Disebabkan itu, Ezrin juga ada memohon maaf kepada penghantar yang terkesan dengan kata-katanya sebelum ini.

“Dan kepada rider yang terkesan aku nak minta maaf banyak-banyak dan aku nak jelaskan benda ni memang silap pada aku sendiri kerana aku tweet yang macam tu, tweet yang sangat provok.”

Berkenaan dengan kecaman yang diterima, Ezrin anggap ia adalah satu pendapat dan teguran buatnya.

“Mana yang tengah attack aku di media sosial, terima kasih banyak-banyak dan aku memerlukan feedback korang, bukan dahagakan perhatian tetapi aku nak pendapat koranglah.”

Dalam video berdurasi 12 minit 35 saat ini, Ezrin juga ada membaca komen-komen netizen yang memberikan pendapat pada isu tersebut.

Boleh klik link di bwah untuk tonton video

 

Digantung kerja

Susulan dengan penularan isu tingkah laku oleh staf kontrak di syarikatnya, pihak majikan Ezrin juga dikatakan telah mengambil tindakan serta merta, dengan menggantung kerja Ezrin sementara siasatan dilakukan.

Kenyataan rasmi itu dibuat sendiri oleh pihak majikan menerusi Twitter.


Untuk rekod, viral di media sosial hujung minggu lalu berkenaan dengan kenyataan Ezrin yang menuduh Grab Rider mencuri air yang ditempahnya.

Dia yang tempah 3 minuman hanya dapat 2 sahaja, pihak Grab tampil berikan keterangan bahawa ianya bukan salah daripada pihak mereka.

 

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*