Artis

“Sheikh Muzaffar bawak 4 orang lepas pulak”- Anak Tak Di Benarkan Masuk Taman, Netizen Persoal SOP Tidak Adil.

Berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia dalam menangani wabak Covid-19. Namun, ada juga dalam kalangan individu mendakwa bahawa kerajaan telah memberi layanan ‘istimewa’ kepada golongan tertentu berbanding rakyat biasa.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Afif Fathullah meluahkan rasa kurang senang dengan layanan yang diterimanya ketika berada di Taman Botani Perdana.

Anak tak boleh masuk taman

Menurut perkongsian tersebut, lelaki ini mendakwa dia dan anak lelakinya telah pergi ke Taman Botani Perdana tetapi setibanya di sana, penjaga di kawasan itu mengatakan bahawa pihak DBKL tidak membenarkan kanak-kanak memasuki taman tersebut. Tetapi pada keesokan harinya dia melihat Instagram angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar memuatnaik gambar empat orang anaknya sedang beriadah di taman berkenaan. Lelaki ini mengakui agak ‘keliru’ dengan layanan tersebut selain meminta pihak DBKL menjelaskan SOP yang sebetulnya.

Bukan salahkan Sheikh Muszaphar

Jelasnya lagi, perkongsian tersebut dikatakan bukanlah bertujuan untuk menyalahkan Dr. Sheikh Muszaphar atau melemahkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebaliknya dia berharap agar SOP tersebut dipraktikkan oleh setiap orang secara adil dan tidak dikecualikan kepada golongan tertentu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mendakwa mereka langsung tidak berdepan dengan apa-apa masalah ketika memasuki taman tersebut walaupun membawa kanak-kanak. Malah, tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkilan terhadap DBKL.

‘Tempat sama layanan berbeza’

‘Guard pun benarkan je’

Enam lelaki lepak di taman permainan dik0mpaun

PARIT BUNTAR – Enam lelaki yang dikesan berkumpul di sebuah taman permainan di kawasan perumahan Toh Jabit di sini dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, tindakan ke atas mereka yang berusia antara 18 hingga 26 tahun itu dikenakan mengikut Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Menurutnya, pada petang sebelum kejadian, anggota yang melakukan pemeriksaan rutin telah terlihat sekumpulan lelaki bermain bola sepak di taman permainan sama, namun kesemua mereka telah dipanggil dan diberikan nasihat.

Polis telah memberi peringatan awal sebelum mengenakan tindakan kompaun apabila rondaan pada sebelah malam mendapati masih wujud aktiviti berkumpul di taman permainan perumahan Toh Jabit, Parit Buntar.

“Bagaimanapun rondaan pada sebelah malam sekitar jam 11.30 malam pula, polis mengesan kehadiran sekumpulan lelaki berkumpul di taman permainan itu.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka melanggar SOP ditetapkan. Susulan itu, enam notis kompaun telah dikeluarkan kepada semua individu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, orang awam diingatkan untuk terus mematuhi SOP ditetapkan kerajaan bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Aktiviti berkumpul seperti dilakukan mereka sama sekali tidak dibenarkan sepertimana digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Sumber: Afif Fathullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *