Tempatan

Duduk Rumah Pun Bahaya, Pemandu M4bvk Rempuh Ruang Tamu Buat Keluarga Ini Marah.

Masalah p3mandu m4buuk dan memb4hayakan orang lain sememangnya tidak pernah habis dibahaskan. Pasti ada sahaja kes baru melibatkan individu tidak bertanggungjawab ini ditularkan orang awam kerana bengang dengan sikap mereka.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Jamaliah Mimhat telah memuat naik gambar rumah keluarganya yang rosak apabila dir3mpuh sebuah kereta pada awal pagi.

Rempuhan kuat itu membuatkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu individu tersebut remuk dibahagian hadapan.

Menurutnya, pemandu tersebut dipercayai dalam keadaan m4buuk dan pasti perkara terbabit begitu membuatkan mereka sekeluarga marah.

Perkongsian tersebut juga membuatkan warganet berasa geram kerana tindakan tersebut begitu membahayakan orang yang tidak bersalah.Mereka juga merasakan duduk didalam rumah sendiri masih lagi tidak selamat disebabkan wujud individu seperti itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *