Bapa Kongsi Keadaan Terkini Penerima Hati, Mohd Afiq Setelah Di Katakan Kritik4l.

Kuala Lumpur: Keadaan Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini 23, yang dilaporkan kritik4l akibat komplikasi h4ti bertambah baik apabila mula memberikan tindak balas, pagi tadi.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan bapanya, Muhammad Zaini Rahim, 50, yang menemani anak sulungnya di wad rawatan separa rapi (HDW) Hospital Selayang selepas tidak sedarkan diri sejak Sabtu lalu.

Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini

“Alhamdulillah, sudah nampak ada perubahan pagi tadi ketika saya memanggil namanya dan mengurut-ngurut kaki dan tangannya apabila dia membalas dengan beberapa gerakan.

“Walaupun dia masih belum sedarkan diri dan membuka mata, namun bila nampak ada sedikit tindak balas daripadanya, saya rasa amat senang hati berbanding sebelum ini hanya lihat dia kaku, langsung tidak bergerak.

“Saya harap ini akan menjadi petunjuk dia segera sembuh dan keadaan kesihatannya bertambah baik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, doktor masih memberikan ub4t-ub4tan untuk menstabilkan hati Mohd Afiq dan menilai serta memantau keadaan kesihatannya dari semasa ke semasa.

“Buat masa ini dia masih memakai alat bantu4n pernafasan dan diberikan susu melalui saluran tiub khas pada hidungnya.

“Doktor juga masih meneruskan pemberian ub4t dan ‘rehatkannya’ untuk menstabilkan kembali keadaan h4tinya.

“Tengoklah beberapa hari ini nanti bagaimana penerimaan h4tinya, kita harap mudah-mudahan semuanya bertambah baik,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sejak berita mengenai anaknya tersebar, ramai individu termasuk kenalan lamanya serta rakyat Malaysia memberikan kata perangsang dan mendoakan kesihatan Mohd Afiq.

“Sejak tahu dia sakit ramai hantar mesej WhatsApp, malah ada juga buat panggilan telefon dan ucapan di Facebook dan Instagram kerana ramai masih ingat lagi kisah pemindahan org4n dia dulu.

“Saya amat terharu dengan sokongan diberikan yang mahukan Afiq kembali sembuh.

“Hanya ucapan terima kasih mampu saya berikan dan saya mohon sekali lagi teruskan berdoa untuk kesembuhan dan kebaikan anak saya,” katanya.

Mohd Afiq pernah mencatat sejarah negara apabila berjaya menjalani pembed4han pemind4han h4ti pertama di Malaysia di sebuah pusat perubatan swasta pada 1999.

Dia yang ketika itu masih b4yi mengalami masalah bengk4k h4ti menerima h4ti daripada penderma h4ti pertama, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengannya.

Susulan itu, kisah mereka mendapat liputan meluas hingga membuka mata dan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan org4n.

 

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*