
Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin menerima kritikan apabila ada netizen yang mempertikai dan memerlinya kerana memakai hijab ketika bernikah.
Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia binti Raja Amin, 26, baru sahaja bernikah dengan pasangan pilihannya, Farzan pada 14 Februari lalu menjawab soalan netizen di Twitter. Seorang wanita memerli Alicia yang mengenakan hijab sedangkan dia sebelum ini tidak memakainya.
I nikah in a mosque so you have to cover your hair when you go into a mosque out of respect. Hope this clears it up for those who don’t understand why I’m covering my hair. Never meant for it to be a hijab

Menurut Alicia, dia memakai hijab kerana sesi pernikahannya dijalankan di dalam masjid dan ia adalah untuk menghormati kesucian masjid.
“Semoga semua yang bash saya dapat jumpa jodoh/ isteri suami sayang walaupun perangai bitter tak boleh tengok orang lain gembira. Salam”, balas Alicia.

Seperti yang semua sedia maklum, Alicia memang seorang yang outspoken dan tidak kisah dengan apa yang orang katakan mengenai cara dia berpakaian dan gaya hidupnya sebagai seorang Muslim.

sumber: omm
Leave a Reply