Elizabeth Tan Main ‘skateboard’, Jatuh Terlent4ng Buat Ramai Risau

 

Siapa sahaja tidak mengenali Elizabeth Tan, penyanyi dan pelakon jelita yang menjadi pujaan ramai jejaka? Tipulah kalau korang tak kenal, lebih-lebih lagi golongan lelaki.

Buktinya? Hampir setiap ‘posting’ di laman sosial Instagram miliknya pasti akan dibanjiri dengan ‘komen nakal’ para peminat yang cuba mencuri perhatian pelantun lagu ‘Semua Sudah’ itu.

Mahu dijadikan cerita, hari ini Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei memuat naik satu rakaman video di laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, dia berkongsi dengan para peminat tentang pengalamannya belajar meluncur ‘skateboard’ buat kali pertama.

Bagaimanapun, sewaktu sedang seronok mahu menunjukkan ‘skill’ meluncur khas buat para peminat, secara tiba-tiba penyanyi yang mesra disapa Lizzy itu jatuh terlentang di atas lantai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

“Jangan gelak eh Lizzy baru nak belajar ni…” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

 

Menjengah ke ruangan komen, seperti yang sudah dijangka ternyata ramai warganet meninggalkan komen meluahkan kerisauan mereka terhadap situasi yang menimpa pelakon drama Senafas Rindu itu.

Namun dalam kebimbangan itu, ada juga yang terhibur melihat gelagat penyanyi berusia 28 tahun berkenaan.

Jatuh pun nampak comel

 

Hati-hatilah, sakit tu

   

Nak gelak ‘sikit’ je

Tidak cukup dengan itu, tiada angin tiada ribut, ada segelintir warganet memetik nama pelakon ‘Hannah Delisha’ yang baru sahaja bernikah hari ini.

Mereka menasihati Lizzy supaya tidak ‘menyeksa’ jiwa raga mereka dan jangan sekali-kali kahwin secara mengejut.

Lizzy satu-satunya harapan kami

Macam-macam ragamlah warganet ni. Lizzy oh Lizzy. Lain kali berhati-hatilah main ‘skateboard’ tu, kan ramai dah risau!

Sumber: Instagram Elizabeth Tan / omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*